CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Apa Hal Masa Ni Buat Kerja Turap?' - Kontraktor Disekolahkan DBKL Buat Kerja Waktu Puncak

5-1-2023 09:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1221| Komen: 6

Kesesakan lalu lintas di Jalan Travers, Bangsar hari ini berpunca daripada kerja-kerja penurapan jalan yang dilakukan ketika waktu puncak oleh kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan memohon maaf kepada pengguna orang ramai di atas kesulitan yang berlaku.

Katanya, kontraktor terbabit akan dipanggil untuk ‘disekolahkan’ kerana tidak mengikut waktu kerja yang ditetapkan pihak berkuasa.



Malah, disebabkan sikap tidak mahu mengikuti undang-undang, sekali gus menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya.


FB DBKL

Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat memaparkan situasi kesesakan di sebatang jalan raya berpunca daripada kerja penurapan jalan.

Perakam video tersebut telah mempersoalkan waktu kerja penurapan itu yang dilakukan ketika waktu sibuk sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 5-1-2023 10:05 PM
Oh perlizzzz mmg selama ni pun buat time peak hours.  Zaman dulu buat malam2 pengguna kurang tp sekarang kena byr ot la bagai si client pun kata tak pe buat time office hours je.  Nanti kang pie dersng lagi kecik la kan.
Quote izwan_izi 5-1-2023 10:06 PM
Sama la jugak dgn kontraktor turap jalan yg lain...time cuti umum..time cuti skolah...time tu la nk turap jalan..turap lebuh raya...

Patutnya kerja2 turap jalan ni start dari jam 1800HRS - 0600HRS keesokkan harinya...

Baru la tak sesak jalan raya tu nanti..
Quote jiwasemangat 5-1-2023 10:10 PM
Timing turap jalan tuu.. DBKL yang buat kann.. so, kenapa DBKL pulak yang tanya. Mana unit penguat kuasaan DBKL.. gi laa saman.
* org politik yg suruh buat cepat² tuu.. 6 sense aku kata, so tak dapat laa penguatkuasa nak saman
Quote miszclassique 5-1-2023 10:17 PM
Page2 kerajaan patut guna bahasa melayu penuh
Tiber out of topic
Quote asmurai 6-1-2023 12:25 AM
Edited by asmurai at 6-1-2023 12:30 AM

Takde duit nak bayar OT untuk penguatkuasa buat supervision check kerja kontraktor sebelah malam kut. Lagi pun nanti korang jugak duk bising yang mana ada laki/bini kena kerja malam/awal pagi check kontraktor turap jalan sebelah malam tutup pintu marah marah laki/bini suh laki/bini duduk luar je takyah balik balik dah. Aku ingatkan selalu laki je bising bini kerja malam check site tapi rupanya sekarang generasi baru ni bini pun bising laki keluar kerja malam check site/kerja overtime malam. Suruh duduk bawah ketiak laki/bini ja malam malam.
Quote sukacactus 6-1-2023 06:58 AM
Kat highway pun sama
Waktu cuti skolah la nak pebaik devider besi tu
Dah tutup 1 lane, jam la berkilo2 meter

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.456871 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top