CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Ranau-Sandakan Putus Dua Serta-Merta Akibat Hujan Lebat Dan Banjir

5-1-2023 09:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1323| Komen: 6

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali, Selangor yang mengorbankan kesemua 30 mangsa baru-baru ini, menyentuh hati orang ramai.

Pada masa sama, orang ramai juga bimbang situasi serupa berulang di Sabah apabila ada petanda awal sudah berlaku sejak kebelakangan ini.


FB Majoriti

Terbaru, insiden laluan utama Jalan Ranau-Sandakan terputus serta merta disebabkan hujan lebat dan banjir melanda Sabah pada Rabu malam.

Menerusi ruangan komen, seorang wanita berkongsi kejadian sama sebelum ini pernah terjadi di lokasi kejadian sehingga menyebabkan ada nyawa melayang.


FB Majoriti

"Di Ranau tempat itu selalu ada tanah runtuh, jalan raya pun runtuh. Seram nak pergi sana berapa kali sudah jadi kes ini.

"Tiap tahun ada kejadian macam ini berlaku, sebab itu kalau hujan orang tak berani lalu situ, setiap tahun pasti ada nyawa melayang dekat situ," dakwa wanita terbabit.

Dalam pada itu, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau dalam kenyataan pada Khamis berkata, sehubungan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif termasuk melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru (hanya untuk kenderaan kecil).

“Mohon patuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku.

“Segala kesulitan amat dikesali dan diharap bersabar untuk keselesaan bersama di masa akan datang,” katanya.



Terkini, laluan utama Jalan Kota Kinabalu-Sandakan atau Jalan Riverside di Kilometer 109.378 Ranau, ditutup serta-merta untuk semua kenderaan bermula Rabu malam.

Ia berikutan hujan yang berterusan hingga mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan terputus yang membahayakan laluan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, ratusan kenderaan turut terkandas, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Login_ID 5-1-2023 10:03 PM
079D1322-169D-4100-B45D-87EB3D04C590.jpeg

Sedih ya..
kawan sekolah, kenalan.. terkesan.
Sampai x dpt tidur malam tadi mengenang nasib diorang. Terutama yg ada anak kecil.
Quote Login_ID 5-1-2023 10:06 PM
C543FB1F-CD42-4270-8A95-B147094BF04C.jpeg

Meanwhile.. dikala rakyat sengsara, Warisan dan BN sdg mengatur strategi menumbangkan kerajaan sabah utk membentuk kerajaan baru.
Quote dua_chzy 5-1-2023 10:42 PM
Login_ID replied at 5-1-2023 02:06 PM
Meanwhile.. dikala rakyat sengsara, Warisan dan BN sdg mengatur strategi menumbangkan kerajaan sab ...

Ai ya ka? Ada masa lagi ah?
Quote mrseller 6-1-2023 12:53 AM
Lepak inanam la dulu makan bakso camni
Quote isseliparjepun 6-1-2023 08:30 AM
Selama kami pigi KK lalu situ, ada 2 kali hakisan sampai ditutup lane bertentangan. Memang jalan situ selalu terima hakisan. Tapi tak sampai terputus dua. Nak lalu jalan belakang pergi KK tak manpu la kami, lagi jauh kalu dari sandakan tu.
Quote Login_ID 6-1-2023 08:35 AM
dua_chzy replied at 5-1-2023 10:42 PM
Ai ya ka? Ada masa lagi ah?

iya.
nda habis2 berpolitik.
bikin menyampah perangai masing-masing

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038544 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top