CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'6 Juta Vaksin Penggalak Dilupuskan, KP Kesihatan Kena Jawab Siapa Rugi Siapa Untung'

5-1-2023 09:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1359| Komen: 4

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi memuntut jawapan mengenai pembaziran dos vaksin Covid-19, seperti yang didedahkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, semalam.

“Amat mengejutkan bila PM umum semalam, enam juta dos vaksin penggalak Covid-19 tidak digunakan. Ia terpaksa dilupuskan. Bukankah itu pembaziran?


FB

“Berapa banyak kerugian? Siapa yang order (pesan vaksin itu). Siapa pula yang untung.

“Kenapa kempen penggunaan gagal. Siapa yang bertanggungjawab?” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook pagi ini.

Pada sidang media semalam, Anwar menasihatkan orang ramai supaya mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 bagi melindungi diri mereka daripada wabak koronavirus.


Perdana menteri juga mendedahkan bahawa rekod Kementerian Kesihatan menunjukkan hanya 49 peratus daripada rakyat yang telah mengambil dos penggalak mereka setakat ini.

Anwar berkata dos penggalak tidak mendapat sambutan seperti dos pertama dan kedua., menjadikan negara mempunyai lebihan enam juta dos vaksin.



Mengulas lanjut, Puad menggesa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah supaya tampil menjelaskan perkara itu.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 6-1-2023 06:48 AM
Knp DG pulak nak kena menjawab...kkm mmg xde menteri ke sblm ini??? Adoiiii lar
Quote Kitty_catz 6-1-2023 08:33 AM
Tanya la KayJay
Quote KamikuP 6-1-2023 10:12 AM
KJ kan suruh org ambik dos penggalak (kataku bekap) tapi ramai yg taknak ambik takut la apa la mcm ofismate meolss taknak ambik langsung apoo laa.. ekekek
Quote ninja9 6-1-2023 10:23 AM
buatlah kempen lagi... dimana nak ambik suntikan, bila etc... letak sahaja dalam mysejahtera 70 juta tu. .. orang datang, tak datang itu biarlah.. mesti ramai gak yang datang bila dah ada dlm senarai nama utk pemvaksinan di mana-mana klinik

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.041599 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top