CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negeri Lain Harus Contohi Melaka Larang Pemakaian Bikini

5-1-2023 08:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1145| Komen: 9

Parti Berjasa (Berjasa) menyambut baik ketegasan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melarang pemakaian bikini di kawasan pantai Pulau Besar negeri itu.

Naib Ketua Wanita 1 parti itu, Datin Norzaimeen Ab. Kadir berkata, larangan itu seharusnya dicontohi dan dikuatkuasakan di negeri lain.

“Tahniah kepada Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat atas pendirian dan ketegasannya berhubung isu pemakaian bikini di kawasan pantai Pulau Besar.


Gambar hiasan

“Bukan sahaja kerana Pulau Besar mempunyai sejarah Islamnya yang perlu dihormati, tetapi cara pandangan dan ketegasan JAIM ini mesti diguna pakai di seluruh negara.

“Ini sebagai menghormati Perlembagaan Persekutuan yang secara jelas menyatakan Islam adalah agama persekutuan, agama negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan  hari ini.


Ahad lalu, Che Sukri menegaskan, ini adalah yang pertama dan terakhir, jangan ulangi lagi memakai pakaian mencolok mata dan pihaknya tidak akan berkompromi.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai mencemar imej dan kesucian Pulau Besar dan JAIM memandang serius isu berkenaan.

Menurut Norzaimeen, apa yang berlaku di Qatar pada kejohanan  bola sepak Piala Dunia 2022 masih segar diingatan.

Katanya, negara itu berdiri teguh dengan pendiriannya mengikut peraturan sendiri walau dikecam berapa negara yang tidak setuju, namun mendapat sokongan dan penghormatan dari negara lain.

“Maka, Kita mesti belajar dan mencontohi Qatar.

“Negara ini negara kita, perlembagaan kita, peraturan-peraturan kita, maka negara dan rakyat pengunjung lain mesti menghormati kita di tanah kita sendiri.

“Toleransi kita terhadap hak, ada batasnya. Mereka boleh berkunjung, mandi dan berkelah, tetapi ada peraturan yang mesti dipatuhi. Apabila berlaku rasa hormat menghormati ini, barulah boleh kita capai keharmonian,” ujarnya.

Oleh itu, katanya, orang Islam sepatutnya atas prinsip mempertahankan perlembagaan negara, manakala orang bukan Islam, termasuk pelancong dan lain-lain mesti menghormati peraturan negara ini. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 5-1-2023 08:59 PM
Melaka nak berbikini dimana? Tanjong bidara?

KAHKAHKAHKAHKAHKAH
Quote rashiman 5-1-2023 09:42 PM
kenapa perlu berpakaian hampir berbogel untuk mandi manda ditempat terbuka....
Quote zamzam 5-1-2023 09:46 PM
Kat pulau besar ramai dah yg berbikini.
Quote Perawankota 6-1-2023 03:58 AM
Mcmana nak pi ke Pulau Besar tu? Nama tu tau, tapi tempatnya tak tau
Quote Orenn1 6-1-2023 06:11 AM
Pulakkk… kenapa pompuan tak boleh pakai swimming suit or bikinijika mereka mahu di tmpt2 spt swimming pool or pantaii? Melampauuu sgtlahh nak decide utk org phuiii
Quote kitmal 6-1-2023 06:22 AM
OOO ada parti Berjasa.....
Quote TomyamPuteh 6-1-2023 06:30 AM
Xpe. Acik2 liberal kan open minded.
Quote nikaido 6-1-2023 06:39 AM
kitmal replied at 6-1-2023 06:22 AM
OOO ada parti Berjasa.....

Penah gabung dgn parti PAS m'bentuk gagasan sejahtera. Sangat kesian waktu PRK tanjung piai. calon berjasa melayu islam siap ada pendidikan, tp eddy sendiri promote suruh undi cina kapir wee jek
Quote axl_bach 6-1-2023 07:03 AM
Kesucian Pulau Besar?  Pulau Besar tu tmpt org  Mulakaw Ulaw Melingkaw buat haji ke

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.129457 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top