CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lokasi Dibedil Musuh Angkara Askar Degil Main Telefon Bimbit Beramai-ramai

5-1-2023 08:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 708| Komen: 1

Rusia mendakwa serangan misil ketika sambutan Tahun Baharu pada akhir minggu lalu yang meragut sekurang-kurangnya 89 nyawa anggota tentera berpunca daripada penggunaan telefon bimbit.


Siasatan awal itu mendapati kedegilan anggota tentera tersebut membawa padah apabila lokasi mereka berjaya dikesan musuh.

“Sudah jelas punca utama serangan itu adalah kerana tindakan mereka menggunakan telefon bimbit secara beramai-ramai. Mereka sendiri yang mendedahkan lokasi kepada musuh.


Serangan misil dilancarkan Ukraine turut menyebabkan kemusnahan besar. - Foto Agensi

“Anggota yang didapati bersalah selepas siasatan tersebut selesai akan diheret ke muka pengadilan.


“Langkah tegas telah diambil untuk mengelakkan kejadian sama daripada berulang,” ujar Kementerian Pertahanan Rusia pada Rabu.

Menurut Moscow, kira-kira enam misil dilancarkan daripada sistem roket Himars buatan Amerika Syarikat (AS) ke kolej vokasional yang menempatkan kerahan tentera di Makiivka di wilayah Donetsk, namun dua daripadanya berjaya ditembak jatuh.

“Timbalan komander rejimen itu, Leftenan Kolonel Bachurin antara yang terbunuh dalam serangan tersebut. Ia adalah jumlah korban tertinggi sejak konflik bersama Ukraine tercetus,” jelas kementerian itu lagi.

Sementara itu, maklumat risikan Ukraine mendakwa serangan di kemudahan yang menempatkan kira-kira 300,000 anggota kerahan itu telah mengorbankan sehingga 400 orang, manakala 300 yang lain cedera. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 5-1-2023 10:04 PM
Apekebodohnye soja rusia ni. Ni perang 2023..zaman digital..bukan cam dedolu ko leh survive dgn nyamar je.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.039512 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top