CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembar Tapi Lahir Tahun Berbeza- Seorang 11.55 Malam 31 Disember, Seorang Lagi 12.01 Malam 1 Januari

5-1-2023 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 807| Komen: 2

AUSTIN, TEXAS – Sepasang bayi kembar di Texas, Amerika Syarikat (AS) yang dijangka lahir pada malam Tahun Baharu 2023 selamat dilahirkan pada tahun berasingan, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Ibu bayi-bayi tersebut, Kali Jo Scott, melahirkan bayi perempuan pertamanya, Annie Jo, pada pukul 11.55 malam (waktu tempatan), 31 Disember tahun lalu.

Ia diikuti dengan bayi kembar perempuan keduanya, Effie Rose, yang dilahirkan pada pukul 12.01 tengah malam (waktu tempatan), 1 Januari lalu.


Foto: New York Post

Kali dan pasangannya, Cliff Scott telah menjangkakan kelahiran anak mereka sekitar waktu tengah malam.


“Kami pernah bergurau bahawa ia amat kelakar jika kedua-dua bayi kembar kami mempunyai tarikh lahir sendiri (berlainan).

“Ternyata ia melebihi kemungkinan yang kita sedar,” kata Kali.

Annie merupakan bayi terakhir yang dilahirkan di Texas Health Presbyterian Hospital Denton pada 2022 manakala Effie ialah bayi pertama yang dilahirkan di hospital sama pada 2023.

Pasangan itu bagaimanapun gembira kerana anak kembar mereka akan dapat meraikan hari lahir berbeza dan mempunyai identiti sendiri. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 5-1-2023 03:58 PM
Dia ingat kita peduli dengan berita ni dek!

IMG_8692.JPG
Quote rosedemon 6-1-2023 08:24 AM
xboleh ke disatukan aje sama tahun. cam susah je. masuk sekolah lain2 darjah. aduhai leceh la

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.159889 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top