CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hasmidah Ada Dua Rahim, Dua Pangkal Rahim Dan Dua Vagina Tapi Hanya Satu Buah Pinggang

5-1-2023 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2851| Komen: 29

Kuala Terengganu: Zahirnya, Nur Hasmidah Hamzah, 32, tiada beza dengan wanita lain namun hakikatnya, suri rumah ini ada keunikan tersendiri kerana dilahirkan dengan dua rahim, dua pangkal rahim dan dua vagina.


Lebih unik, ibu kepada seorang anak perempuan berusia setahun lapan bulan itu juga hanya memiliki satu buah pinggang.

Kisah Nur Hasmidah mendapat perhatian di TikTok apabila dia berkongsi mengenai keunikan 'bicornuate bicollis uterus' itu di akaun media sosialnya sejak tahun lalu.


Foto: Harian Metro

Berkongsi kisahnya, Nur Hasmidah berkata, dia mengambil pendekatan terbuka untuk berkongsi kisahnya di TikTok selepas mendapat keizinan suami untuk kesedaran ramai mengenai kesihatan wanita berdasarkan pengalamannya.


Menurutnya, keunikan itu hanya diketahui ketika dia berusia 26 tahun dan masih bujang.

Katanya, ketika itu, selepas terbabit dengan aktiviti mendaki gunung, dia mengalami senggugut serta datang bulan berterusan selama tiga bulan.

Justeru, menurutnya, sebagai seorang wanita dan ibu, dia mahu ibu bapa lebih cakna mengenai anak kerana sebelum ini, dia terlalu mengambil mudah selain kurang kesedaran untuk melakukan pemeriksaan.

"Ketika berusia 14 tahun, saya pernah tumpah darah di asrama sekolah tetapi tidak memaklumkannya kepada guru, ibu atau ahli keluarga lain kerana tiada keyakinan selain takut dimarahi serta takut berjumpa doktor.

"Alhamdulillah, ramai wanita berterima kasih kerana saya sudi berkongsi cerita mengenai dua rahim dan mengakui ia ilmu baru kerana situasi itu jarang berlaku.

"Doktor maklumkan yang keadaan rahim saya unik. Nisbah satu dalam sejuta dan tidak ramai yang mempunyai dua rahim tetapi ada (kes seperti itu)," katanya dihubungi.

Bercerita lanjut, Nur Hasmidah berkata, dia datang bulan dua kali sebulan dan sebelum itu sudah mengetahui yang dia mempunyai dua rahim, namun ujian Pengimejan Resonas Magnetik (MRI) enam tahun lalu mengesahkan dia memiliki dua pangkal rahim, dua vagina serta satu buah pinggang.

"Doktor terangkan mengenai keunikan dua rahim, bentuknya dan segala kemungkinan dimiliki kebanyakan pemilik dua rahim iaitu ada dua saluran peranakan dan dua vagina.

"Saya kemudiannya perlu menjalani MRI tetapi saya tak pergi dan hanya buat ujian itu selepas berkahwin dan bersalin anak perempuan sebelum diberitahu mengenai keunikan lain," katanya.

Menurut Nur Hasmidah, seperti dimaklumkan doktor, memiliki dua rahim tidak berbahaya tetapi unik.

Namun, wanita berkaitan juga sukar hamil dan jika hamil, mereka berisiko tinggi untuk keguguran dan kelahiran bayi pra matang memandangkan ruang rahim sempit akibat rahim abnormal.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana dalam situasi itu, Allah SWT memberinya anugerah terindah apabila disahkan hamil selepas sebulan berkahwin ketika berusia 29 tahun.

"Ketika hamil, memang kena jaga kandungan dengan baik dan selepas saya disahkan memiliki satu buah pinggang, doktor menyarankan saya lebih menjaga pemakanan.

"Saya juga bersyukur kerana suami menerima saya dan selalu memberi sokongan dan semangat. Keluarga juga turut memberi sokongan kepada saya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 5-1-2023 05:07 PM
Mana gambar bukti sissy? [em:29:]
Quote pooh~key 5-1-2023 05:07 PM
Mana gambar bukti sisthur?
Quote ifanonline 5-1-2023 05:09 PM
untung suami dia
Quote green~tea 5-1-2023 05:17 PM
Wrong organs installed
Quote Suchi 5-1-2023 05:24 PM
pooh~key replied at 5-1-2023 05:07 PM
Mana gambar bukti sissy? [em:29:]

Google sis uterus didelphys
Quote Suchi 5-1-2023 05:31 PM
Btw sapa tau tiktok dia? Sbb nak tanya masa pregnant rahim yg satu lagi tu still period ke?
Pastu dia melahirkan normal ke czer?
Kalau tgk gambar kat google ada 2 vagina maksudnya dua laluan tu yg laluan satu lg tak rosak ke masa yg laluan satu lagi memeri utk baby kuar.
Mcm seram gak iols tgk gambar real serviks double gitu.

Kes dia nih ada 2 laluan, 2 pintu rahim dan 2 rahim. Kalau yg takde rahim tu plak vagina pun takde.
Vagina dan kemaluan tu tak sama yaa.Ramai igt takde vagina maknanya takleh kencing bagai.
Kemaluan kt luar, vagina saluran dlm aka saluran utk darah haid kuar, lahirkan baby dan opkos la utk hub seks/sperma masuk.
Quote supernaturalee 5-1-2023 05:36 PM
komen2 berbentuk pervert blh disaman
jejaga kome


Quote pooh~key 5-1-2023 05:55 PM
Suchi replied at 5-1-2023 05:24 PM
Google sis uterus didelphys

Akak nak gambar bukti dari organ sheols sisthur.
Quote shernazz 5-1-2023 06:23 PM
pooh~key replied at 5-1-2023 05:07 PM
Mana gambar bukti sissy? [em:29:]

Ko nak bukti mcmana sissy?
Quote pooh~key 5-1-2023 06:30 PM
shernazz replied at 5-1-2023 06:23 PM
Ko nak bukti mcmana sissy?

Ye sisthur bukti gambar pepek sheols memang ada dua sissy. Oh kalau macam tu senanglah akak jua boleh claim panjang konek akak 23 inci dan menjadi makhluk konek terpanjang di alam semesta sissy. Esok akak nak call paper suruh jadikan bahan berita pasal konek akak sisthurrr…
Quote SalenaGomez 5-1-2023 06:39 PM
Suchi replied at 5-1-2023 05:31 PM
Btw sapa tau tiktok dia? Sbb nak tanya masa pregnant rahim yg satu lagi tu still period ke?
Pastu di ...

Rasanya x period kot sbb time pegnen perubahan hormon berlaku…tunggu apa komen doktor
Quote SalenaGomez 5-1-2023 06:40 PM
pooh~key replied at 5-1-2023 06:30 PM
Ye sisthur bukti gambar pepek sheols memang ada dua sissy. Oh kalau macam tu senanglah akak jua bo ...

Kemaluan nya satu juga sis…google kan ade

SG terus google…x payah la bukti bergamba sissy nya…ni zaman google kot
Quote Kitty_catz 5-1-2023 06:47 PM
pooh~key replied at 5-1-2023 05:07 PM
Mana gambar bukti sisthur?

apa lagi sis.. sila jalankan tugas menjahit pookey sheols satu lagi tu
Quote Kitty_catz 5-1-2023 06:49 PM
Suchi replied at 5-1-2023 05:31 PM
Btw sapa tau tiktok dia? Sbb nak tanya masa pregnant rahim yg satu lagi tu still period ke?
Pastu di ...

jgn overthink chuols.. pandai2 la laki dia nak tusuk mana , janji jgn ikut lubang jubo rancakkk berdosahhhh
Quote pooh~key 5-1-2023 06:49 PM
Kitty_catz replied at 5-1-2023 06:47 PM
apa lagi sis.. sila jalankan tugas menjahit pookey sheols satu lagi tu

Kohkohkohkoh kau ni sis kitty. Tersembur kopi iced americano with extra shit, i mean extra shot akak ni sissy…
Quote Kitty_catz 5-1-2023 06:50 PM
pooh~key replied at 5-1-2023 06:49 PM
Kohkohkohkoh kau ni sis kitty. Tersembur kopi iced americano with extra shit, i mean extra shot ak ...

kalau melibatkan kes jahit menjahit poohkey.. seharusnya diseru sis pooh~key porom cari
Quote Suchi 5-1-2023 07:07 PM
SalenaGomez replied at 5-1-2023 06:39 PM
Rasanya x period kot sbb time pegnen perubahan hormon berlaku…tunggu apa komen doktor

Sbb dia ckp dia period 2 kali kan so mesti sbb gara2 dia ada 2 rahim. Rahim tu lak tak serentak period.
Letih gak weh 2 kali period puasa berapa hari je dapat buat.

Pastu walau ada 2 vagina tetap gak takleh nk guna satu lagi kalau yg satu tu tgh period.
Iols terpikir Masa lahir dulu doktor tak cek ke tgk bawah tu?
Ekceli rasanya ramai je pompuan pun taktau cemana keadaan bawah tu melainkan rajin tgk melalui cermin ke apa.
Quote anony-mous 5-1-2023 07:13 PM
Wait! So she ada 2 lubang vagina? Both boleh bg pleasure? Can DP? klau make love kena puaskan both or ckup 1 je? So kalau pancut dlm di kedua2 lubang, pregnant at same time? Jd kalau 1 keluar darah haid, x boleh make love utk both la kan? Curious betul

Kat sini, dia untung ke laki dia untung?
Quote dua_chzy 5-1-2023 07:16 PM
You people...are unbelievable.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.052661 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top