CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cengkam Muka, Tekan Penumbuk Di Mulut- Nelayan Henyak Muka Isteri Sebab Bergaduh Tentang Duit

5-1-2023 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 756| Komen: 3

MELAKA – Kerana wang, seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencengkam dan menghenyak muka isterinya dengan penumbuk sehingga cedera, pada tahun lalu.


Tertuduh, Jason Pereira, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya Sathi Anak Uncha, 48, dengan cara mencengkam bahagian muka dan menekan penumbuk di mulut mangsa.

Foto: Kosmo

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 8.40 malam di sebuah rumah di Kampung Portugis, Ujong Pasir dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Januari 2022.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa telah melakukan khianat terhadap kerusi kayu sehingga patah dengan niat untuk menyebabkan kerosakan kepada harta bernilai RM50 pada waktu, tempat dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan mangsa membabitkan masalah wang.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan, J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 beserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati atau menganggu saksi dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar jaminan rendah dapat diberikan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai nelayan dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, Mazana kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan.

Beliau menetapkan tarikh 13 Febuari ini bagi lantikan peguam dan serahan dokumen. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 5-1-2023 03:35 PM
Tertuduh juga didakwa telah melakukan khianat terhadap kerusi kayu sehingga patah dengan niat untuk menyebabkan kerosakan


Salute dgn law Malaysia ... perabut pun dpt pembelaan.
Quote Belibis 5-1-2023 03:56 PM
Ya lorrr..pastu kalau kena denda,gomen jugak dapat uwang..
Quote rosedemon 6-1-2023 08:22 AM
watevalah ko laki bini hamjad

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.031261 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top