CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Hamidi Bersedia Untuk Rebut Jawatan Presiden Umno, "Saya Pernah Dicabar Dan Menang Besar!"

5-1-2023 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1175| Komen: 17

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau bersedia dicabar untuk merebut jawatan Presiden bagi pemilihan UMNO akan datang.

Malah, Ahmad Zahid menyatakan, beliau juga pernah dicabar sebelum ini bagi jawatan nombor satu UMNO dan ia memihak kepadanya dengan jumlah undian yang besar.


Foto: Kosmo

“Dulu pun saya dicabar, dua orang cabar saya. Tetapi, jumlah undi dua orang itu masih belum dapat melebihi undi yang saya perolehi.

“Bukan saya mahu riak, tapi ia telah terbukti pada pemilihan UMNO 2018 di mana kombinasi undi kedua-dua yang cabar saya itu sangatlah kurang berbanding undi yang saya dapat.

“Saya bukan riak, bukan juga sombong dan bukan takabbur atau ujub,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini.


Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, beliau juga menjelaskan bahawa 160,000 perwakilan UMNO di seluruh negara mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan kepimpinan parti pada masa akan datang.

“Saya mempunyai pendirian bahawa kuasa untuk menentukan kepimpinan parti terletak pada kuasa dan suara perwakilan di seluruh negara.

“Terdapat hampir 160,000 perwakilan yang mewakili cawangan UMNO di seluruh negara dan mereka akan menentukan sama ada kepimpinan sedia ada perlu ditukar atau tidak bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus relevan di dalam arena politik negara,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid juga mengesahkan akan menghantar jemputan kepada setiausaha-setiausaha agung parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan minggu hadapan.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mencadangkan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak perlu dipertandingkan.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan usaha mengukuhkan parti dibuat pimpinan sedia ada untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelasnya lagi, hanya empat kali pemilihan Presiden berlaku sepanjang sejarah penubuhan 70 tahun UMNO.

Khabar angin turut mengaitkan jawatan Presiden UMNO itu akan dicabar oleh Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-1-2023 03:48 PM
Kalau memang lagi, memang terkubur umno
Quote Kak-Rohana 5-1-2023 03:51 PM
Hamboi.. terdapat riak disitu. Mampukah menghalang Langkah Harrods dek?
Quote ifanonline 5-1-2023 03:56 PM
masih relevan lagikah BN ni?
Quote s@s@ 5-1-2023 04:06 PM
ha ah..... ko pun nyaris ja menang kt bagan datok itu hari
Quote amyza 5-1-2023 04:19 PM
Tukar lah org lain pulak. Kalau menang besar haritu takpe lah ni kalah teruk.
Quote nolya 5-1-2023 05:03 PM
Ha... mcm tu lah DS Zahid Hamidi.  Baru betul.

Kerbau berkubang di dlm lumpur,  Burung berkicau berterbangan
Kenapa takut hendak bertempur,  Kalau menang dah dlm tangan

Membujur lalu melintang patah, Lautan api direnangi
Semangat wira jgn mengalah, Di gelanggang kejagohan terbukti




Quote totokreturn. 5-1-2023 05:28 PM
160,000 perwakilan = tak sampai 30 pun kerusi yg menang dlm pru
Quote rashiman 5-1-2023 05:42 PM
ifanonline replied at 5-1-2023 03:56 PM
masih relevan lagikah BN ni?

masih diperlukan untuk membentuk kerajaan.
Quote Skuau 5-1-2023 05:56 PM
pengikut dia yg setia..mesti...kalo x indon dpt ic..mesti pilak dpt ic...satu cara meneruskan kelangsungan keturunan.
Quote supernaturalee 5-1-2023 05:56 PM
yakinnya kamu
Quote rashiman 5-1-2023 05:59 PM
Kurex replied at 5-1-2023 03:48 PM
Kalau memang lagi, memang terkubur umno

Kalau kalah, kerajaan perpaduan pulak yang bakal terkubur.
Quote menjad 5-1-2023 06:45 PM
Moga kecundang
Quote glump 5-1-2023 07:10 PM
Kalau najib Tak sangkut kes mahkamah,dia je ke calon President yg UMNO ada?
Quote Kitty_catz 5-1-2023 07:13 PM
bagan datok oii bagan datok....

bagan datok oii bagan datok....
Quote rashiman 5-1-2023 07:53 PM
glump replied at 5-1-2023 07:10 PM
Kalau najib Tak sangkut kes mahkamah,dia je ke calon President yg UMNO ada?

Ramai juga calon2 yg bertanding jawatan Presiden, tapi pemenang kenalah pilih seorang, jadi yg menang dia.
Quote rashiman 5-1-2023 07:55 PM
menjad replied at 5-1-2023 06:45 PM
Moga kecundang

PM-X tentu mengharapnya menang..
Quote rosedemon 6-1-2023 08:21 AM
ingat kubur la ponorogo oi

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.105244 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top