Seorang bapa berang sehingga sanggup mengugut dan menggunakan kata-kata kesat terhadap anak-anaknya yang mendakwa dirinya membeli daging babi untuk barang keperluan rumah.
Perkara tersebut dikongsi menerusi akaun Facebook ibu tiga beradik itu, dikenali sebagai Cekta Hermosa, yang menunjukkan pertanyaan anaknya kerana berasa was-was dengan rupa fizikal daging mentah itu. “Ayah mereka (bekas suami) memang akan beli barang-barang dapur jika anak-anak minta. Saya tidak tengok barang apa yang dibeli kerana tiada di rumah ketika itu. “Tiba-tiba anak cemas telefon dan mesej hantar gambar bertanyakan daging tersebut jenis apa sebab kelihatan lain dengan daging lembu biasa. Setelah tanya beberapa kawan Cina, 99 peratus daripada mereka semua kata itu daging babi dan larang kami untuk makan.
“Lebih menyedihkan, bapa mereka memaki hamun anak tiga orang siap kata nak pijak dan tampar sebab mengadu hal ini pada saya,” tulisnya di dalam hantaran tersebut. Loading FB Post... Tambahnya, dia bersyukur Allah gerakkan hati anak-anaknya supaya berasa was-was sebelum makan daging tersebut yang dikatakan dibeli daripada seorang penjual Melayu di pasar Permatang Pauh. Ujarnya, dia tidak tahu ingin menyalahkan pihak mana, namun meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk membuat operasi bagi menyiasat kesahihan di sebalik isu tersebut. Di ruangan komen mendapati ramai yang turut berpandangan sama dengan mengatakan daging tersebut adalah daging babi. “Kalau ikut rupa bila dah masak jadi warna putih macam itu, memang daging babi. Kalau daging lembu biasa lepas masak akan menjadi warna gelap,” komen seorang pengguna Facebook. “Saya tunjuk dekat kawan bukan Islam pun, mereka kata memang daging babi. Tak tentu fasal kena sertu,” kongsi seorang netizen pula. -CARI Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated replied at 5-1-2023 03:23 PM
Kalau aku yang ditanya aku akan kata itu daging manusia
pooh~key replied at 5-1-2023 07:33 AM
Entah2 ini agenda ahkak pooh~key yang etis dan handsome mahu sesatkan ummah dek? Segitu akak enterpr ...
dua_chzy replied at 5-1-2023 03:32 PM
Btw sebenarnya dah lama akak fikir, relevan lagi ka samak2 dengan tanah ni? Mana kau tau tanah tu su ...
pooh~key replied at 5-1-2023 07:52 AM
Akak syak jikalau jaman muhammad dah ada sabun protek, nescaya heols keluarkan fatwa samak guna sa ...
pooh~key replied at 5-1-2023 03:52 PM
Akak syak jikalau jaman muhammad dah ada sabun protek, nescaya heols keluarkan fatwa samak guna sa ...
pooh~key replied at 5-1-2023 03:52 PM
Akak syak jikalau jaman muhammad dah ada sabun protek, nescaya heols keluarkan fatwa samak guna sa ...
Decaffeinated replied at 5-1-2023 03:23 PM
Kalau aku yang ditanya aku akan kata itu daging manusia
ADVERTISEMENT