CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Intern Trauma- Pengurus Site Pegang-Pegang Paha Dan Lengan, Nak Ucap Terima Kasih Katanya

5-1-2023 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3479| Komen: 55

Nur Diyana Mohd Hanafiah, 21, dari Meru, Klang berkata dia diganggu di tempat kerja pada 15 Disember 2022 ketika ditugaskan menyelia tapak pembinaan.

Menurutnya, dia mula menjalani latihan industri pada 1 Ogos 2022 di sebuah syarikat pembinaan persendirian yang tidak dinamakan, terletak di Bandar Teknologi Kajang, Selangor.

Pada pagi hari kejadian, dia ditugaskan untuk memberi arahan kepada subkontraktor untuk mempercepatkan proses pengukuhan besi sebelum waktu tengah hari bagi meneruskan kerja-kerja menuang konkrit pada lantai di tapak pembinaan sebuah kilang di Bangi.

Seterusnya, pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) jurusan Kejuruteraan Awam itu berkata dia keluar membeli barang keperluan untuk tapak tersebut dan apabila tiba di lokasi pembinaan semula, pekerja-pekerja pengukuhan menghilang.




Justeru, dia pun menghubungi pengurus pekerja-pekerja yang telah 'hilang' dan mengarahkan untuk mereka menghantar semula pekerja untuk menyelesaikan tugasan.

Namun, pengurus berkenaan yang tidak didedahkan identitinya berkata mereka tak cukup pekerja dan merayu kepada Diyana untuk tidak panjangkan isu pekerja pada hari kejadian kepada pihak pengurusan syarikatnya.

Lelaki itu juga turun di tapak pembinaan dan berkata dia akan cuba menyiapkan tugasan pengukuhan besi tersebut sendiri dengan bantuan rakan kongsinya.

“Setelah siap semua kerja tersebut, dia datang dekat dengan saya untuk berterima kasih kerana membantunya.

“Sebelum dia keluar dari tapak pembinaan, dia ucap terima kasih berkali-kali kepada saya dan tepuk-tepuk paha saya.

“Saya terkejut dan terus bangun daripada posisi duduk, tapi saya tak cakap apa-apa kerana takut,” dakwanya.



Pelajar itu juga mendakwa, selepas pahanya ditepuk, lelaki itu sekali lagi memegang bahagian lengannya untuk mengucapkan terima kasih.

“Memang saya menangis sahaja di tapak pembinaan kerana trauma, tak tahu nak laporkan insiden ini kepada siapa dan apa yang patut dilakukan ketika itu," katanya.

Keesokan harinya, Diyana melaporkan kejadian itu kepada penyelia yang kemudiannya terus menghubungi pengurus terbabit.

Selepas itu, pengurus itu pula menghubungi Diyana untuk memarahinya dan menafikan bahawa dia telah melakukan perkara itu.

“Dia cakap saya fitnah dia, dia masih ingat anak bini. Dia tak ada nak buat benda tak elok.

“Dia kata pegang itu sebab nak ucap terima kasih, dia biasa melakukan seperti itu pada kawan-kawannya yang lain,” ujarnya.

Setelah menafikan berkali-kali, dia akhirnya mengaku bersalah tetapi tidak berniat untuk melakukan gangguan seksual.

Penyelia Diyana berkata dia patut memaafkan sesama sendiri kerana mereka tidak mahu merosakkan hubungan antara syarikatnya dan juga syarikat tempat pengurus itu bekerja.

Apabila ditanya tentang reaksi kedua ibu bapanya tentang perkara ini, Diyana luah rasa kecewa kerana mereka hanya menasihatinya untuk menjaga jarak ketika berbual dengan pekerja lelaki.

Diyana juga melaporkan tentang kejadian ini kepada pihak universiti dan mereka bakal mengambil tindakan selanjutnya.

Namun, dia berkata bahawa pihak universiti mungkin menganggap ini kes ‘ringan’, seakan-akan gangguan seperti ini perkara remeh dan merupakan kesilapan pelajar sendiri kerana tidak berani bersuara.

“Saya teruskan sahaja bekerja di syarikat tersebut kerana tempoh latihan industri berbaki hanya dua minggu sahaja lagi.

“Saya jarang turun tapak pembinaan dan selalunya hanya duduk di pejabat, sampai hujung bulan Disember.

“Selepas kes tersebut, saya juga langsung tidak berjumpa degan pengurus tu,” katanya.

Dalam kapsyen video yang tular, dia membandingkan pengurus itu dengan pekerja dari Bangladesh dan Indonesia yang tidak berkelakuan seperti itu.

“Pekerja asing lebih pandai hormat saya, tempat berteduh pun mereka sediakan yang jauh dari tempat mereka berteduh. Bercakap pun dari jarak yang berjauhan,” ujarnya tentang pekerja-pekerja asing di tempat kerjanya.

Diyana juga berkata yang dia masih lagi trauma dengan kejadian tersebut dan mengambil keputusan untuk tidak bekerja di bahagian melibatkan kerja-kerja di tapak pembinaan pada masa hadapan.

“Jangan terlalu lembut sebab saya yang tegas dekat tapak pembinaan pun boleh kena seperti ini.

“Jangan terlalu ramah, jangan mudah terasa dan persiapkan diri dengan alat pelindung diri seperti penyembur lada, terutamanya bagi yang perempuan.

“Jangan senang terima kalau dipelawa untuk belanja makan, biar orang nampak sombong atau jual mahal, yang penting lebih selamat,” ujarnya.

Kini, Diyana telah tamat latihan industri dan berpesan kepada pelajar yang ditugaskan menyelia tapak untuk sentiasa pastikan diri terhidrat untuk elakkan pitam dan peka dengan keadaan sekeliling untuk keselamatan diri.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 5-1-2023 03:05 PM
pegang la balik peha pengurus. #kitalawan...!!!!
Quote zorrro_03 5-1-2023 03:13 PM
kicap ke tu? kau report dan dakwa natang sial tu sampai ke penjara.  
Quote cik_sssara 5-1-2023 03:24 PM
“Saya jarang turun tapak pembinaan dan selalunya hanya duduk di pejabat.."

SV site apa macam ni.

Tapi baguslah awal2 dah plan nak tukar bidang.
Quote copy_paste 5-1-2023 03:30 PM
nk berterima kasih pun x beragak,ckp je la ape susah,
konon nak try tapi kantoi hahahaha
Quote dua_chzy 5-1-2023 04:11 PM
_blackbird replied at 5-1-2023 07:05 AM
pegang la balik peha pengurus. #kitalawan...!!!!

Picit bebird heshe sekali.
Quote melinda_kerr 5-1-2023 04:15 PM
Tak tahu ni report kt sapa tpi report kt tiktok ker
Quote AnBulisia 5-1-2023 04:22 PM
kalau banyak kali buat
tiada maaf bagi mu
tapi kalau baru sekali, mungkin khilaf pengurus tu
maafkanlah dia
dia pun masih ingat anak bini...katanya
Quote airfilterkotor 5-1-2023 04:43 PM
Penyelia Diyana berkata dia patut memaafkan sesama sendiri kerana mereka tidak mahu merosakkan hubungan antara syarikatnya dan juga syarikat tempat pengurus itu bekerja.

Maincon dengan subcon.
Bila masuk CIPAA adjudication, automatik semua ayat-ayat wangi bergaris tu hilang.
Quote airfilterkotor 5-1-2023 04:47 PM
Adek, elok pi carik tempat lain.
Kampeni kalu dah tara gini memang hampas.
Quote makita 5-1-2023 04:50 PM
Lelaki ni dia nak test...kalau pompuan mcm x marah...lelaki tu anggap pompuan tu bg hint boleh buat lebih lagi
Quote _blackbird 5-1-2023 05:08 PM
dua_chzy replied at 5-1-2023 08:11 AM
Picit bebird heshe sekali.

picit ke cubit
Quote dua_chzy 5-1-2023 07:30 PM
Edited by dua_chzy at 5-1-2023 11:31 AM
_blackbird replied at 5-1-2023 09:08 AM
picit ke cubit


Picit kuat2 sis. Dulu ai marah student jantan pi raba rakan sekelas wanita tanpa kerelaan, hampir aiols picit telur dia sis sebab geram sangat. Biar dia pula rasa sexual harassment. Rupanya budak perempuan tu dah dikacau since Form 4 tapi kept quiet. Siap raba dada, punggung segala. Form 5 baru pecah rahsia bila ai nampak muka budak tu kemurungan semasa baru keluar library manakala yang jantan gelak2. Terus aiol buat kecoh report kat pengetua, report kat bapa budak tu yang juga cikgu di sekolah aiol. Tapi ko tau apa mak budak jantan tu kata sis? Dia kata biasa la tu budak lelaki pegang2 budak perempuan, bukan benda besar pun. Terlopong aiol dan pengetua dengar sis.
Quote anony-mous 5-1-2023 07:33 PM
dua_chzy replied at 5-1-2023 07:30 PM
Picit kuat2 sis. Dulu ai marah student jantan pi raba rakan sekelas wanita tanpa kerelaan, hampir  ...

Kenapa xjentik jah sis?
Quote dua_chzy 5-1-2023 07:48 PM
anony-mous replied at 5-1-2023 11:33 AM
Kenapa xjentik jah sis?

Aiol tanak cerita in detailed. Nanti kena kecam. Aiol did something, bersama kelig pompuan. Memang budak tu tak repeat dah kesalahan tu.
Quote anony-mous 6-1-2023 01:41 AM
dua_chzy replied at 5-1-2023 07:48 PM
Aiol tanak cerita in detailed. Nanti kena kecam. Aiol did something, bersama kelig pompuan. Memang ...

X sure apa u buat but i sokong jah if terbukti heols salah. Sedap2 jah buat sexual harassment dkt org lain, biar dia kena baru tau sedap ke x sedap. Harap u jentik la telur dia. Jgn yg bukan2 bg dia sedap udah la
Quote zehra2 6-1-2023 01:46 AM
dua_chzy replied at 5-1-2023 07:48 PM
Aiol tanak cerita in detailed. Nanti kena kecam. Aiol did something, bersama kelig pompuan. Memang ...

aisey... cakap laaa.. ko belasah dia ke???
Quote dua_chzy 6-1-2023 02:03 AM
zehra2 replied at 5-1-2023 05:46 PM
aisey... cakap laaa.. ko belasah dia ke???

Ade le. Memang dia malu kaw2 la. Weols buat masa camping sebab dah tak tahan tengok temberang dia, kat Dewan Makan. Tapi orang lain tak nampak.
Quote dua_chzy 6-1-2023 02:04 AM
anony-mous replied at 5-1-2023 05:41 PM
X sure apa u buat but i sokong jah if terbukti heols salah. Sedap2 jah buat sexual harassment dkt  ...

Achoiiiii sisthurrrrr takda keinginan nak kasik heols sedap2 dah la pendek katik tak cukup zat, muka pon nan hado. Klasmet yang dia cabul tu cantik, petite je. Hairan juga aiol nama ja anak cikgu tapi tak berani bagitau bapa dia. Mungkin dia malu.
Quote Orenn1 6-1-2023 06:02 AM
sex harassment

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.082394 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top