CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kamsani Ismail Meninggal Dunia

5-1-2023 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2356| Komen: 6

Kamsani Ismail yang pernah popular menerusi drama bersiri Nur dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi penyakit diabetes dan jangkitan kuman pada malam Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun.

Anak Allahyarham, Muhd Amin Kamsani, 25, berkata, bapanya itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka pada pukul 11.39 malam.


Foto: mStar Online

"Sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah ayahanda saya, Kamsani Ismail yang telah kembali ke rahmatullah, 4 Januari hari Rabu pada 11.39 malam.

"Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin," katanya.


Terdahulu, arwah dilaporkan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Klebang sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Kamsani meninggalkan seorang balu iaitu Norhayati Yusoff, 53 dan enam orang anak yang berusia 18 hingga 36 tahun.

Sementara itu, jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang, Melaka.

Allahyarham pernah membintangi beberapa drama seperti Nur, Nenek Kebayan dan Shh... I Love You. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 5-1-2023 02:53 PM
Innalillah....
Salam takziah
Arwah ni pelakon atau penceramah?
Meols kurang kenal....tapi nama arwah familiar
Quote kucingitam 5-1-2023 04:16 PM
Innalillahiwaiinailaihirojiun.. ingat pakcik ni, dia halau nur dr mask masjid.. pasti terkebil2 je muka bila kena sound dgn ustaz adam.
Quote ezacbee 5-1-2023 04:28 PM
Takziah. Ingatkan mmg ustaz sbb ada gaya seorang ustaz.

Ada 1 scene pakcik ni dok sembang dgn gengnya pasal peel org islam. Dok pung pang pasal orang ni orang tu.. tup2 anak sendiri xtutup aurat.
Quote rosedemon 6-1-2023 08:38 AM
salam takziah ya
Quote Incanto 6-1-2023 08:41 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun

takziah pada keluarga
Quote lasagna 6-1-2023 09:24 AM
Innalillah hiiwaiina ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Salam takziah utk keluarga.
Ni hari baru tau nama arwah Kamsani.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.173156 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top