CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Tisu Buatan, Saintis China Cipta Zakar Bionik

5-1-2023 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 824| Komen: 4

WASHINGTON – Pasukan penyelidik di China menggunakan tisu buatan untuk memulihkan fungsi ereksi dalam babi sekali gus pencapaian bagi membaiki kerosakan yang berlaku pada zakar manusia.


“Bidang ini tidak mendapat perhatian tetapi keperluannya adalah besar,” kata Xuetao Shi selaku penulis kajian berkenaan yang disiarkan dalam jurnal saintifik, Matter, semalam.

Dianggarkan 50 peratus lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun mengalami pelbagai tahap kegagalan ereksi, kata pasukan penyelidik berkenaan, manakala lima peratus menghidap penyakit Peyronie’s.


Gambar Hiasan

Penyakit Peyronie’s yang biasanya disebabkan oleh kecederaan semasa melakukan hubungan seks, melibatkan kerosakan pada gentian tisu zakar dikenali sebagai tunica albuginea yang berfungsi mengekalkan ereksi.


Parut pada tisu tersebut boleh menyebabkan kesakitan atau zakar mengecil dan mungkin memerlukan rawatan pembedahan.

Pasukan penyelidik China itu berkata, tisu daripada tubuh digunakan untuk menghasilkan gentian bagi menggantikan tunica albuginea yang rosak tetapi tisu itu kadang kala ditolak oleh sistem imunisasi manusia.

Bagaimanapun, pasukan berkenaan kini berjaya menghasilkan tunica albuginea buatan (ATA) yang meniru daya elastik tisu semula jadi, menggunakan bahan dinamakan hidrogel.

Dalam kajian itu, pasukan penyelidikan berkenaan menguji tisu ATA pada babi yang mempunyai kecederaan pada tunica albuginea dan hasilnya amat positif. – CARI

Sumber: Kosmo/AFP 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 5-1-2023 01:10 PM
Jangan pula nanti print out pada kulit luar bila dah tegang tetiba tertera "Made In China".
Quote Firenzza 5-1-2023 01:28 PM
So, nti implant guna tisu babi ke acaner tu dlm zakar manusia?
Quote Sazreena 5-1-2023 05:45 PM
Kalau tepek kat dicky apreka tak sesuai...coz kaler tak compatible. Besides status halalan toyibban nye def sangat diragui.
Quote rosedemon 6-1-2023 08:18 AM
hahaha. cmane rasa ek

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.031983 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top