CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Sekolah Kemaruk Cinta- Girlfriend Peluk Boyfriend Dari Depan Sambil Naik Motor, Topi Keledar Pun Tak Pakai

5-1-2023 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2104| Komen: 9

New Delhi: Tular di laman sosial aksi mesra keterlaluan pasangan kekasih di Andhra Pradesh , India yang berpelukan ketika menaiki motosikal.

India Times melaporkan, pasangan itu melakukan aksi berkenaan ketika motosikal sedang bergerak seperti tidak takut untuk mempertaruhkan nyawa mereka.


Video itu dirakam di Jalan Loji Keluli Visakhapatnam.

Seperti yang kelihatan dalam video, wanita itu duduk di atas tangki minyak motosikal.


Foto: India Times

Sementara pemuda dalam video berada di tempat duduk penunggang motosikal, dengan teman wanitanya memeluknya dari hadapan.

Lelaki itu juga kelihatan tidak memakai topi keledar.


Penduduk juga terkejut melihat kemesraan dua anak muda yang memakai uniform kolej itu.

Berikutan video yang tular, pasangan itu ditahan untuk siasatan.

Pemeriksaan lanjut mendapati pemuda dalam video itu dikenali sebagai Ajay Kumar dan berusia 22 tahun.

Pasangannya iaitu wanita dipeluk bernama K Shailaja,19, yang dikenal pasti sebagai penduduk Chodavaram.

Susulan kejadian, kedua-duanya didakwa memandu secara cuai dan polis menyita kenderaan itu .

Dalam pada itu, pihak berkuasa sudah menghubungi Ibu bapa pasangan itu dan diberi nasihat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 5-1-2023 10:26 AM
Baik ko tukar nama kau dik.
Drpd Shailaja ke SexLahAja
Gatal merenyam kau ni dik. Ujung2 kena bantai dgn laki nanti, jerit2 Ammaaa, Appppaa
Quote tikusmontok 5-1-2023 11:19 AM
Rentung2 botak boncit menggigil geram jer pala masing2 tgk tangechi tu, dah jd apa2 nnt jgn nyesal.
Quote Mulotkoyak 5-1-2023 02:15 PM
Ooo ingat kes berlaku di mesjid india, kl sentral or klang…. Atau ladang sawit area kampong msia.
Quote sharlenetexas 5-1-2023 02:43 PM
Nak transfer ke alam lain berdua ke?

Quote shernazz 5-1-2023 02:57 PM
Amboih aih...
Sakan..
Mesti slalu tengok filim2 depa neh
Tu yang fantasi melampaui batas
Quote kotakominami 5-1-2023 04:22 PM
Dah mcm bideo kim k dgn kanye....
Quote Sazreena 5-1-2023 05:47 PM
Takde makna nak shai shai cat en..
Quote rosedemon 6-1-2023 08:18 AM
macam filem nustan sungguh nohhh
Quote Highflyer19 6-1-2023 08:31 AM
Tgh shooting filem tamil kot…atau iklan motor…ketahanan di luar batasan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.037545 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top