CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak usia 9 tahun Melecur Teruk Dibakar Api, Sampai Lima Hari Ibu Bapa Selamba Biarkan Langsung Tak Hantar Ke Hospital

5-1-2023 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3344| Komen: 43

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak lelaki dari Kampung Parit Kuchi, Pontian, melecur hampir keseluruhan badannya berikutan bermain api berhampiran timbunan sampah dibakar di rumahnya, Jumaat lalu.


Bagaimanapun, selepas lima hari berlalu, mangsa yang berusia sembilan tahun itu tidak dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk mendapatkan sebarang rawatan di klinik atau hospital.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib, berkata perkara itu terbongkar selepas rakan kepada ibu mangsa ternampak gambar kecederaan serius kanak-kanak itu di dalam sebuah kumpulan WhatsApp.


Foto: Harian Metro

Mohamad Shofee berkata, pengadu yang terkejut melihat kecederaan anak lelaki kepada kenalannya itu sebelum melawat keluarga berkenaan.


"Pengadu bersama ibu serta suaminya melawat kanak-kanak itu di rumahnya dan menasihatkan ibu bapa mangsa supaya membawa anaknya ke hospital untuk menerima rawatan.

"Pengadu mendapati budak itu tidak dibawa oleh ibu bapanya ke mana-mana hospital untuk mendapatkan rawatan dan kanak-kanak berkenaan masih lagi berada di rumahnya tanpa ada sebarang rawatan.

"Laporan dibuat kerana pengadu tidak berpuas hati dengan tindakan ibu bapanya yang masih membiarkan anaknya tidak menerima rawatan walaupun lima hari berlalu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Pontian. Sehingga laporan ini dibuat, luka mangsa semakin teruk dan lukanya sudah mula berbau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Shofee berkata, laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya polis kerana pengadu mensyaki berlaku pengabaian kanak-kanak.

Katanya, semasa anggota polis sampai ke lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tidak berpakaian berada di luar rumah untuk dibawa ke hospital oleh keluarganya.

"Hasil pemeriksaan awal ke atas anggota badan mendapati terdapat kesan terbakar teruk dan melecur di beberapa bahagian seperti di bahagian kanan badan hingga ke kaki, bahagian lengan kiri, kedua-dua bahagian dalam peha, bahagian telinga kanan.

"Semasa kejadian, ibu kandung mangsa berada di dalam rumah terdengar bunyi letupan di luar dan nampak kelibat mangsa berlari dalam keadaan baju dan seluarnya terbakar menuju dan terjun ke dalam parit di hadapan rumah.

"Bapa mangsa membantu memadamkan api di baju mangsa dan membawanya masuk ke dalam rumah. Ibu bapa mangsa hanya membeli ubat tahan sakit dan ubat sapu di farmasi dan tidak membawa mangsa ke hospital.

"Mangsa dibawa ke Hospital Pontian menaiki ambulans untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan akan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa berusia 36 dan 33 tahun ditahan pada jam 2 pagi tadi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, sebelum dilepaskan atas jaminan polis. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 5-1-2023 09:59 AM
Kaka doakan semoga anak ini mendapatlah rawatan sewajarnya. Lengan kaka melecur sebesar syiling 50sen sebab kene percikan minyak panas kaka dah rasa bisanya inikanlah anak malang ini...
Quote Atata 5-1-2023 10:02 AM
Mesti ada punca kenapa mati2 taknak bawak
Quote aciksenah 5-1-2023 10:17 AM
Allahu..kenapa kejam sangat parents dia...
Quote supernaturalee 5-1-2023 10:21 AM
perkara itu terbongkar selepas rakan kepada ibu mangsa ternampak gambar kecederaan serius kanak-kanak itu di dalam sebuah kumpulan WhatsApp.


dia expect ape
kwn2 dia, jiran dia ke yg bwkkan ank pi sepital

asal lately ni byk kes pengabaian anak2 bwh umur yek
jkm buat ape ek
Quote KamikuP 5-1-2023 10:29 AM
Mak bapak lengai camtu lah cuolls. Siksanya anak tu kesian dia.
Bodo punya mak bapak!!! Ko miskin B40 sgt ke sampai taknak bawak gi hospital atau ko sememangnya lahir2 bodo
Quote BeskotCekelat 5-1-2023 10:39 AM
Kalau nak kata takde duit, boleh pulak beli ubat kat farmasi. Lagipun kos masuk hospital gomen berapa hengget je. Mungkin ada plot twist dalam cerita ni.
Quote Adrif 5-1-2023 10:40 AM
Ya Allah kesiannya dia tanggung sakit
Quote sapeka 5-1-2023 10:43 AM
Kesiannya ko dik
Quote prettyuglybabe 5-1-2023 11:03 AM
family pati ke?
or jenis mak bapak asia old school..
sapa suruh kau main api
Quote lotusteratai 5-1-2023 11:16 AM
Apa hauk sangat makbapak kau ni dik.. 5 hari melecur teruk hampir seluruh bdn sakit woo, kena melecur air panas sikit pun sakit ni kan direct api... Moga cepat sembuh
Quote Itzy 5-1-2023 12:33 PM
Atata: Mesti ada punca kenapa mati2 t ...

bersangka baik la, mungkin keluarga adik ni miskin sangat sebab kalau gi hospital kerajaan dan kena in charge masuk ward, mak pak dia mungkin tak mampu takde duit banyak nak bayar duit rawatan hospital masuk ward. Mungkin mak pak dia kerja biasa2
Quote Nuyak 5-1-2023 12:40 PM
p hospital kerajaan la paling murah sebenarnya...beranak pun bayar RM 17 je..ni melibatkan kes pengabaian...
Quote naisyahmh 5-1-2023 12:52 PM
Kesian sungguh anak ni.. Semoga cepat sembuh hendaknya.. Semoga ibu bapa insaf.. Semoga menjadi pengajaran kepada semua.. Anak adalah amanah Allah
Quote gideoncross 5-1-2023 01:25 PM
Atata replied at 5-1-2023 10:02 AM
Mesti ada punca kenapa mati2 taknak bawak

Mungkin org luar, bukn local pstu xde duit, jdi dorg rela simpan budak tu, mnahan sakit dri d hntr ke hospital pstu kna tnya mcm2.
Quote gideoncross 5-1-2023 01:26 PM
BeskotCekelat replied at 5-1-2023 10:39 AM
Kalau nak kata takde duit, boleh pulak beli ubat kat farmasi. Lagipun kos masuk hospital gomen berap ...

Pnderaan ke ats ank kot.
Quote gideoncross 5-1-2023 01:27 PM
Itzy replied at 5-1-2023 12:33 PM
bersangka baik la, mungkin keluarga adik ni miskin sangat sebab kalau gi hospital kerajaan dan kena ...

Tpi boleh plak beli ubat pnahan sakit, not bad.
Quote mejaputih 5-1-2023 01:27 PM
Itzy replied at 5-1-2023 12:33 PM
bersangka baik la, mungkin keluarga adik ni miskin sangat sebab kalau gi hospital kerajaan dan kena ...

pakai data line ada pula duitnya ye...
Quote gideoncross 5-1-2023 01:28 PM
aciksenah replied at 5-1-2023 10:17 AM
Allahu..kenapa kejam sangat parents dia...

D antara sbb xde duit & bukn org Msia, jdi sbb tu xnak bwa ank gi hospital.
Quote sarahmirza 5-1-2023 01:35 PM
Atata replied at 5-1-2023 10:02 AM
Mesti ada punca kenapa mati2 taknak bawak

Antaranya
1. takde kenderaan nak bawa ke hospital
2. bapa sibuk sangat kerja tak boleh cuti utk bawa anak ke hospital
3. risau kena tahan kat wad satu hal pulak mak/bapak nak berumahtangga sementara kat hospital jaga anak
4. tak sayang anak
4. miskin

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.331355 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top