Kemesraan dan gelagat manis pelakon sensasi, Zarina Anjoulie bersama kekasih hatinya, Datuk Sri Khazrul sering mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terbaru, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkongsi sebuah video memaparkan kekasihnya berada di sebuah kedai alat solek terkenal untuk membelikan ‘eyeshadow pallete’. Sebelum itu, Anju berkongsi tangkapan skrin perbualan WhatsApp bersama Khazrul meminta untuk membelikan alat solek itu. “Papa, belikan mama ni boleh tak?” soalnya sambil menunjukkan alat solek yang sudah habis. “Papa pergi sephora sorang-sorang belikan makeup mama.. Love you Papa,” tulis Anju di video berkenaan.
“Hi sayang, Assalamualaikum Mama. Papa dah belikan untuk mama ok, ini yang mama nak kan? Papa dah macam perempuan dah sayang masuk Sephora ni,” kata Khazrul dalam video itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan cemburu melihat pasangan bahagia ini terutamanya cara layanan Khazrul terhadap Anju yang tampak sangat penyayang. Ada juga dalam kalangan mereka yang meminta agar suami mereka menjadi seperti Khazrul yang tidak malu memberi barangan wanita. -CARI Sumber: XTRA
|
bendera replied at 5-1-2023 10:30 AM
zarina ni dia baik sebenarnya, cuma org nampak dia mcm wild sikit..kalau jumpa depan2 pun ramah mesr ...
beautifulorchid replied at 5-1-2023 10:59 AM
Teringat Anju bagi sedekah makanan masa PKP. ramai org kampung susah dtg amik telor, beras, ayam..k ...
ADVERTISEMENT