CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inspektor Rogol Remaja 16 Tahun Dituduh Di Mahkamah Sungai Petani Hari Ini

5-1-2023 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3086| Komen: 38

SUNGAI PETANI – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun pada 28 Disember lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian pada 31 Disember lalu.

Dia kemudian direman untuk siasatan sehingga hari ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Foto: Utusan

Kosmo! semalam melaporkan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian melibatkan suspek yang merupakan seorang pegawai kanan polis bertugas sebagai pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.


“Mangsa pula merupakan seorang remaja perempuan yang merupakan pengadu bagi satu kes polis yang lain dengan suspek adalah pegawai penyiasat bagi kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kata beliau, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zaianim 5-1-2023 09:47 AM
Sedihnya klu benda ni betul berlaku.. nasib baik mangsa bijak terus buat repot polis
Quote KamikuP 5-1-2023 10:32 AM
Harapkan pegar, pegar makan padi,
Harapkan polis, polis rogol dapat anak haram negro
Quote bottompadu 5-1-2023 10:33 AM
Hmmm.. but, why?
Quote Itzy 5-1-2023 12:36 PM
oh nafsu bejat kau sungguh bejat, tergamak kau merogol anak orang. kerana nafsu bejat hidup kau tersejat ke dalam penjara. Jika betul kau merogol pelajar ini, ku doakan kau masuk dalam penjara.
Quote amyza82 5-1-2023 12:59 PM
Mana muka iblis ni
Quote wirazam 5-1-2023 01:03 PM
Mana dia inspector nih...nak tgk muka
Quote Kitty_catz 5-1-2023 01:07 PM
dr mulut rimau masuk mulut buaya

kesian ko dhekkk
Quote sarahmirza 5-1-2023 01:12 PM
Apa nama inspektor tu?
Quote babelina 5-1-2023 02:19 PM
mcm pelik.. cmana IO (suspek) ngn Pengadu jer yg tlibat dlm kes rogol yg 1st tu.. sampaikn Suspek tu bole pula merogol pengadu pula.. biasanya ketika membuat report psl rogol nie.. soal siasat akn dijlnkn.. tp bkn bdua.. klau nk g tmpt yg pengadu kna rogol tu.. pn bkn bduaan.. team forensic semua akn ikut sbb pengadu akn lead siasatan nk tnjuk tmpt kejadian..
Quote delsmomm 5-1-2023 04:55 PM
babinya perangai.. harap dibalas dengan dahsyat atas perangai yg dah x mcm manusia !!..
merempat la dlm penjara 20thn ..biar disebat hingga hancur jubo..

tak guna betul !!!
Quote rikiruj 5-1-2023 05:02 PM
Heran betul.. budak tu mangsa bukan okt.  Mangsa rogol lak tu… ko pi rogol mangsa rogol, lagi jahat dari perogol pertama…
Quote ifanonline 5-1-2023 05:04 PM
knp kes rogol tidak di serahkan kpd pegawai polis wanita?
Quote nazzse 5-1-2023 05:15 PM
sarahmirza replied at 5-1-2023 05:12 AM
Apa nama inspektor tu?

Mohd maliki azmi
Quote rogayahtop 6-1-2023 01:01 AM
alahai inspektor pun,  takkan la tak tahu law. setuju mcmanapun ada signature dah  budak 16 tahun tetap statutory sis.

kerana varginah hilang kareer, gaji bulan2 pun bukan sikit.
itula pasal akak bgtau adik akak awal2 masa remaja tu elakkan la dr duk berdua2an dgn remaja2 pompuan ni. masa mengangkang lupa dunia, lepas mengangkang barulah menyesal pree2 je kena angkut masuk dalam.

Quote iraizz 6-1-2023 01:22 AM
Takde sesapa ke kat sini ada kenalan rakan sedara yg kerja kat ipd yan tu.. Nak tgk muka pulis tak guna ni..
Quote TOPwind 6-1-2023 04:52 AM
KamikuP replied at 5-1-2023 10:32 AM
Harapkan pegar, pegar makan padi,
Harapkan polis, polis rogol dapat anak haram negro

tu yg kena tangkap satu je, tapi puluhan lepas dlm kes ni

JAKIM JAWI dan lain2 pun ramai yg lepas

peringatan

next taim bawa pisau bila kena rogol terus potong or gigit sampai putus
Quote Orenn1 6-1-2023 05:27 AM
Amboiiii nape tak letak jahh nama nokharomm ni
Quote Orenn1 6-1-2023 05:28 AM
Nokiaman replied at 5-1-2023 07:47 PM
Inspektor Rahim Bin Osman

Rahim bin osman, pic takde?
Quote iraizz 6-1-2023 07:19 AM
Orenn1 replied at 6-1-2023 05:28 AM
Rahim bin osman, pic takde?

Dalam berita sebut nama inspektor tu mohd maliki azmi, sapa pulak rahim bin osman ni?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058364 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top