CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sengaja Buat Provokasi, Lawatan Menteri Israel Ke Masjid Al-Aqsa Cetus Kemarahan!

5-1-2023 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 621| Komen: 3

BAITULMUQADDIS – Penduduk Palestin mengecam lawatan seorang menteri berhaluan kanan Israel ke tapak suci yang dituntut puak Yahudi di Baitulmuqaddis yang dianggap sebagai provokasi, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.


Itamar Ben-Gvir, yang sebelum ini menyeru agar pendekatan lebih keras dilakukan terhadap penduduk Palestin, berjalan di sekitar pekarangan Masjid Al-Aqsa selama 15 minit sambil diiringi oleh anggota polis.

Tuntutan terhadap kawasan itu telah mencetuskan peningkatan ketegangan terutamanya selepas penubuhan kerajaan nasionalis baharu Israel.


Foto: Twitter

Lawatan Ben-Gvir itu merupakan tindakan awam pertamanya sejak kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengangkat sumpah pada 29 Disember tahun lalu.


Tapak puncak bukit dianggap tempat paling suci bagi penganut Yahudi dan yang ketiga paling suci dalam Islam. 

Seluruh pekarangan tersebut merupakan kawasan Masjid Al-Aqsa namun, puak Yahudi dan bukan Islam lain dibenarkan pergi ke situ tetapi mereka tidak dibenarkan bersembahyang.

Bagaimanapun, penduduk Palestin melihat kunjungan itu sebagai satu percubaan untuk mengubah status quo di tapak suci tersebut secara ‘halus’.

Ben-Gvir yang juga ketua parti Otzma Yehudit telah lama berkata bahawa beliau mahu membawa perubahan kepada peraturan bagi membolehkan orang Yahudi bersembahyang di tapak itu. 

“Temple Mount (Masjid Al-Aqsa) terbuka kepada semua orang,” tulisnya di Twitter berserta gambar yang menunjukkan beliau diiringi oleh pengawal-pengawal keselamatan dengan latar belakang kubah Masjid Al-Aqsa.

Perdana Menteri Palestin, Muhammad Shtayyeh menyatakan bahawa lawatan Ben-Gvir adalah melanggar semua norma, nilai, perjanjian dan undang-undang antarabangsa serta ikrar Israel kepada Presiden Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, jurucakap Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza menanggap lawatan tersebut sebagai jenayah dan berikrar tapak tersebut akan kekal sebagai milik Palestin, Arab dan Islam, lapor agensi berita AFP. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_almondpecan 5-1-2023 09:36 AM
Mamat ni memang ultra right wing sejak dulu. Masa dulu orang tak terfikir dia ni satu hari nanti boleh jadi ahli kerajaan apatah lagi menteri in charge of security. Dia ni penyokong terrorist Yahudi Baruch Goldstein yang bunuh ramai Muslim tengah solat di Masjid Ibrahimi di Hebron, Tebing Barat, pada tahun 1994. Dia dan Baruch dua2 ahli gerakan Kach yang diasaskan rabbi ultra right wing Meir Kahane. Masa muda dulu Itamir Ben Gvir ni pernah keluar tv berapa minggu sebelum Yitzhak Rabin kena bunuh. Dia tunjuk dalam tv dia berjaya curi lambang dari kereta rasmi Rabin menunjukkan betapa mudahnya memecahkan kawalan keselamatan presiden. Tak lama lepas tu seorang religious fanatic Yigal Amir telah bunuh Yitzhak Rabin. Semuanya sebab tak setuju kerajaan Israel nak berdamai dengan Palestin. Itamar ni dulu gantung gambar pengganas Baruch Goldstein kat rumah dia dan baru2 ni dia turunkan gambar tu sebab nak bertanding parlimen. Tapi ada stesen tv berjaya rakam dia dan rakan2 berkata sesama sendiri mereka akan tunjuk kononnya imej yang lebih lunak untuk mengaburi mata rakyat. Itamar ni begitu extreme sehinggakan tentera Israel mengecualikan dia dari national service sebab terlalu amat fanatik. Itulah menteri keselamatan Israel sekarang dan gomen Israel sekarang walaupun berPMkan Benjamim Netanyahu, adalah kerajaan paling far right dalam sejarah Israel setakat ni.
Quote KamikuP 5-1-2023 02:16 PM
Saja je probok probok Yahudi laknatullah ni
Quote rosedemon 6-1-2023 08:15 AM
lehnat mreput dlm neraka

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.033091 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top