CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fitnah Yang Sering Disebarkan Terhadap Arab Saudi

14-9-2015 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11119| Komen: 45

Oleh Izzah Abbasy

Sering kita mendengar segala yang buruk tentang Arab Saudi. Negara, sikap orang Arab, budaya dan pelbagai lagi. Mengapa begitu?

Masyarakat dunia khususnya barat selalu bersikap tidak adil terhadap negara-negara Islam, bahkan kaum Muslimin juga turut termakan fitnah jahat mereka.



Menurut pandangan Thaqib Shaker melalui akaun Facebook miliknya,

Alhamdulillah, saya akan terus bersikap adil dengan negara-negara umat Islam. Saya mengingatkan kepada pembaca-pembaca sekalian supaya jangan terus membuat kesimpulan atau menghukum sesuatu itu tanpa melakukan kajian yang sangat terperinci, apatah lagi i berkaitan dengan umat Islam dan negara Islam itu sendiri! Jangan lekas share, atau bersetuju dengan sumber-sumber yang datangnya daripada media-media barat yang sememangnya anti Islam! Jangan dek kerana sikap kita yang tergopoh itu, memakan diri sendiri!

Negara-negara Arab yang sangat kaya raya seperti Arab Saudi dikatakan langsung tidak memberi bantuan kepada pelarian-pelarian Syria, walhal mereka terlebih dahulu melakukannya. Kebencian media barat terhadap negara Islam seperti Saudi ini tidak akan mereda disebabkan hukum-hukum Islam yang diterapkan di negara mereka.






Gambar-gambar yang menunjukkan Arab Saudi telah membantu umat Islam lain dari pelbagai segi


Kaum Muslimin pula sering dimomokkan dengan fahaman Wahabi kononnya mereka ini berbahaya dan tidak mencintai umat Islam. Apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh negara Arab Saudi akan dinafikan habis habisan bahkan terus menerus bersangka buruk dengan mereka. Berlakulah adil terhadap mana-mana pihak sekalipun kita tidak bersetuju atau menyukai mereka. Janganlah secara tidak sedar kita yang Muslim ini membantu kejayaan barat untuk terus menerus membusukkan negara-negara Islam.

Tahukah anda yang kerajaan Arab Saudi ini telah pun membuka pintunya bagi 1 juta pelarian Syria tetapi tiada apa yang disebutkan sebagai ‘kem pelarian’ kerana kerajaan Arab Saudi memberikan mereka rumah serta memberi mereka kebenaran untuk tinggal dan bekerja di Arab Saudi. Manakala anak-anak kecil Syria diberikan tempat di sekolah-sekolah dan Universiti.

Kerajaan Arab Saudi juga pernah membantu lebih dari 500,000 umat Islam Yaman dan memberikan mereka dokuman-dokuman yang boleh membenarkan mereka untuk tinggal dan bekerja di Arab Saudi tanpa sebarang isu.

Jangan terkejut yang kerajaan Arab Saudi telah lama menerima pelarian Burma dengan membekalkan mereka rumah, kerja tanpa sebarang syarat!

Turki, Jordan dan Lubnan dikatakan banyak membantu pelarian-pelarian umat Islam, memang benar, tetapi jangan dilupakan bahawa kem-kem mereka itu sebenarnya dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi itu sendiri.

Sebenarnya, masih banyak lagi jasa-jasa negara yang dikatakan hina dan celaka Arab Saudi ini terhadap dunia Islam, tetapi media tidak pernah akan mendedahkannya. Kita yang muslim ini pula terus meneruslah bersikap adil dalam menghukum, jangan hanya kerana mereka ini dituduh sebagai Wahabi, habis segala kebaikan mereka itu dicalit dengan keburukan!

Saya akan kongsikan lebih banyak gambar, di komen. Saya mohon agar pembaca-pembaca budiman SHARE kan berita ini supaya umat Islam yang bertutur di dalam Bahasa Melayu khususnya mendapat tahu cerita sebenar!

Terima Kasih.

Begitulah penulisan dan pandangan saudara Thaqib Shaker terhadap negara Arab Saudi. Kita sering mendengar daripada satu pihak sahaja tanpa selidik dengan sedalam-dalamnya. Namun, jika ada yang pendapat yang bercanggah, pasti mereka lebih arif tentang ini. Walau apapun, sebagai umat Islam, kita tidak seharusnya mencaci dan menfitnah antara satu sama lain. Hakikatnya, kita melihat bulan dan matahari yang sama setiap hari. - CARI Infonet

Sumber info : Akaun Facebook Thaqib Shaker

11

Bagus
11

Marah
14

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote muraicomey 13-9-2015 09:44 PM
akhir zaman yang baik dipandang sepi je dik...yang jahat pandai berlakon dipandang mulia
Quote biosfree 13-9-2015 09:47 PM
Yea....dunia akhir zamsn...penuh dgn fitnah....
Quote Decaffeinated 13-9-2015 09:50 PM
bangsa yang hebat tak akan jadi kudis pun kena fitnah.

USA (contoh) lagi teruk kena fitnah.

Quote hanakikan 13-9-2015 09:50 PM
Hari tu pun ada tgk pic kem syria yang ada pic ori ada logo unhcr dgn logo arab saudi dgn pic fake ada logo arab saudi je. X tahu mana betul mana tipu
Quote silencekiller 13-9-2015 09:57 PM
Siapa terlibat dengan NGO2 berkaitan ummah Isle ni memang dah lama tahu jutawan2 kaa Kerajaan Arab Saudi + UAE selalu menderma biaya banyak program.. tapi biasa laahh.. manusia suka tengok yang tang salah & tak betul.. padahal geng2 kaki kutuk ni.. nak derma rm100 pun belom tentu lagi
Quote AbukRokok 13-9-2015 10:18 PM
so kenapa masih ada pelarian yg berpusu menyeberangi banyak negara Macedonia,Greece,Serbia Montenegro,Hungary semata mata destinasi akhir utk ke Germany yang diketahui ada puak Neo nazi anti pendatang? perjalan lebih jauh ke German dan perancis...sambil dalam perjalanan mereka membuat huru hara tidak menghormati pihak berkuasa tempatan dan bertindak ganas?

kenapa xdipindahkan ke Saudi semuanya melalui Jordan dan Turki...lebih mudah

Quote AbukRokok 13-9-2015 10:20 PM
macam mana pula pelarian dari Libya dan pelarian ekonomi dari Afrika? sanggup bergadai nyawa meredah laut sampai ramai mati utk ke Itali dan ke negara tumpuan spt German,Perancis dan Scandinavia? bahkan pelarian direkodkan ramai dari Pakistan...Pakistan???????? WTH???????
Quote makkaupurple 13-9-2015 10:25 PM
AbukRokok replied at 13-9-2015 10:18 PM
so kenapa masih ada pelarian yg berpusu menyeberangi banyak negara Macedonia,Greece,Serbia Montenegr ...

kau pergi tanya pelarian tu la samdol..orang duk sembang bab lain kau masuk bab lain..gagal pemahaman kau ni
Quote AbukRokok 13-9-2015 10:26 PM


antara kebaikan Arab ialah derma 2.6 bilion kepd Najib

konsep Saudi sama mcm oportunis melayu satu tangan melakukan kejahatan satu tangan lagi mencuci dosa yg dah dilakukan.

berhati hatilah dengan kerajaan Saudi... Surah Al Kahfi.
Quote ekmal_sorrow 13-9-2015 10:28 PM
ini aku x percaya thread ni.....negara saudi (aku x suka sebut arab, sbb rasul dari tanah arab) byk buat mungkar dari kebaikan
Quote AbukRokok 13-9-2015 10:28 PM
makkaupurple replied at 13-9-2015 10:25 PM
kau pergi tanya pelarian tu la samdol..orang duk sembang bab lain kau masuk bab lain..gagal pemaha ...

ada berkaitan bodoh ... pandangan xmeluas mcm kau memang tak nampak bongok
Quote pasemboq 13-9-2015 10:35 PM
Barangkali ummah Saudi nak amalkan nilai2 murni Islam sis.
Derma tangan kanan tangan kiri taktau gitu.
Lainlah ummah kapiaq sis, nak derma sekupang pun kena panggil media bagai.... baru nampak suci murni di mata ummah berkerak urban.

Lagipun negara Libya, Palestin, Iraq dan lain2 bergolak pun kerana US dan eropah jua... kenalah tanggung sendiri kan ?
Quote kerunai 13-9-2015 10:35 PM
baca sejarah keluarga alsaud la bai

arab saudi dgn amerika camana?

arab saudi dgn yahudi zionis camana?
Quote jofizo 13-9-2015 10:37 PM
Mcm nk berkias2 menghalalkn derma dr negara ereb tu je....
Quote FOTHER-MUCKER 13-9-2015 10:53 PM
So far apa yang saya tau Arab Saudi offers Kat German gov 200 buah masjid  untuk perlarian Islam je. Itu pun nak buat kat Germany. Kauai ikhlas apasal tak Ambil pelarian tu balik kenegara arab.?
Quote ella. 13-9-2015 11:01 PM
auta je nih.. saudi ni la keje dok bom yemen.. sambil curik2 sedut minyak dari bawah tanah kat sempadan.. uhuh
Quote dani-rox 13-9-2015 11:28 PM
FOTHER-MUCKER replied at 13-9-2015 10:53 PM
So far apa yang saya tau Arab Saudi offers Kat German gov 200 buah masjid  untuk perlarian Islam je. ...

Tadi ai baca berita, Richard Dawkins cakap offer Arab Saudi tuh sbg 'sick insult/joke to German generosity'... contribute benda yg tak bg benefit secara langsung dgn pelarian2 tu katanya.
Quote FOTHER-MUCKER 13-9-2015 11:44 PM
dani-rox replied at 13-9-2015 11:28 PM
Tadi ai baca berita, Richard Dawkins cakap offer Arab Saudi tuh sbg 'sick insult/joke to German ge ...

Kan, lepas tu pak arab siap bagi tau kat reporter, jangan cakap kita orang tak bantu kat pelarian. Lawak..tetiba nak bina 200 buah mesjid. Macamlah semua orang tu nak tido dan beranak pinak kat mesjid.
Quote akucintadia 14-9-2015 12:38 AM
Bagus arab saudi..persetankan penyebar fitnah tu..

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.405995 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top