Sempena sambutan tahun baharu, banyak syarikat membuat penilaian prestasi pekerja dan rata-rata kakitangan pasti menantikan bonus serta kenaikan gaji.
Sebelum ini, dilaporkan syarikat Evergreen di Taiwan mengumumkan bahawa kakitangan mereka akan menerima bonus 52 bulan gaji. Susulan laporan tersebut, ramai berasa kagum kerana syarikat itu memberikan penghargaan atas usaha serta kerja keras pekerja mereka. Selain itu, sebuah syarikat di Korea juga dilaporkan menawarkan bonus 120 bulan gaji untuk pekerjanya. Syarikat itu berada dalam industri minyak dan gas, tetapi disebabkan perang yang berlaku di Ukraine dan Rusia telah membolehkan syarikat tersebut memperoleh pendapatan lebih banyak daripada apa yang dijangkakan.
Pada 2021, setiap pekerja mereka menerima bonus 36 bulan gaji dan apabila dikira, mereka mendapat purata 7.2 bilion won (RM24 juta) sebagai ganjaran. “Adakah anda pasti ia adalah bonus untuk 120 bulan, dan bukannya 12 bulan? “Adakah mereka masih mencari pekerja baharu? “Adakah syarikat ini benar-benar bagus? Saya nak hantar resume kepada syarikat ini sekarang juga!” demikian antara komen orang ramai di Facebook. Berita baik seperti ini sememangnya menggembirakan kerana ia menunjukkan para pekerja yang bekerja keras akan sentiasa dijaga dengan baik oleh syarikat. –CARI Sumber: mStar, World of Buzz, Sin Chew Daily
|
drivethru replied at 5-1-2023 08:58 AM
Bank rakyat, PNB. Bonus lazat.....
kucingitam replied at 5-1-2023 10:47 AM
haha cousin aku kerja bank dapat bonus 3-4 bulan pun dah eksen kemain berkicau dalam fb..ni kalau di ...
supernaturalee replied at 5-1-2023 12:11 PM
kata lah dia dpt basic gaji rm1,500 x 120 bulan = rm180,000
not bad lah
ina_na replied at 5-1-2023 12:15 PM
Kalo yg pangkat2 tu lg best la..gaji monthly pun dah bape..katakan 10kx120...Pokcik kayaaaa
supernaturalee replied at 5-1-2023 12:24 PM
10,000 x 120 = 1.2 juta
midori888 replied at 5-1-2023 12:31 PM
Ada kuar news jugak Taiwan shipping company kasi 52 bulan bonus...untung lah staff diorg...
supernaturalee replied at 5-1-2023 12:36 PM
ye...company evergreen ape tah ade mention ats tu siss
ADVERTISEMENT