CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Panda Dipulangkan Ke China, 12 Tahun Disuruh Mengawan Tetap Tak Hamil Juga

5-1-2023 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1746| Komen: 14

Sepasang panda, Yang Guang dan Tian Tian akan dihantar pulang ke China selepas gagal melahirkan anak.

Pasangan haiwan itu telah menghuni Zoo Edinburgh sejak 2011.


Mereka diletakkan di zoo berkenaan dengan harapan dapat melahirkan anak panda dan meneruskan kelangsungan spesies itu yang kian terancam.

Ketua eksekutif Persatuan Zoologi Diraja Scotland, David Field, memberitahu, haiwan adakalanya tidak bertemu dengan pasangan yang serasi untuk mengawan.


Foto: PA

"Secara genetik mereka nampak seperti sepadan, tetapi dari segi tingkah laku, jika ia diibaratkan seperti Tinder, mungkin Tian Tian tidak akan berkenan jika ia mempunyai pilihan," ujarnya.


Tian Tian dan Yang Guang 'dipajak' daripada kerajaan China untuk tempoh 10 tahun dengan kos tahunan yang dilaporkan sebanyak £600,000. (RM3.19 juta).

Kedua-dua panda itu dilahirkan pada Ogos 2003 dan berusia 19 tahun pada 2022.

Tian Tian telah melahirkan anak kembar di negara asalnya tetapi ketika musim mengawan semula jadi pertamanya di Edinburgh, pada 2012, ia tidak berjaya bunting.

Sepasukan pakar kemudian cuba menjalankan kaedah permanian terhadap Tian Tian sebanyak lapan kali dengan sperma seekor panda lain yang diterbangkan dari China, namun percubaan tersebut juga gagal. -CARI

Sumber:mStar/ Metro.co.uk

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 5-1-2023 08:48 AM
Ooh igt malaysia je yg dpt pajak. Tp malaysia punya ade baby kan?
Quote Carcosa 5-1-2023 08:54 AM
Ala siannye.. Huhu. Sekali jerk, sampai China dia preggy. Huhu.
Quote orenmango 5-1-2023 09:00 AM
Semua makhluk ada taste masing-masing. Kesiannya dipaksa kawin dgn pasangan yang diorang tak berkenan. Agaknya masing-masing takde selera tengok
Quote Tinot7 5-1-2023 09:03 AM
Taktau pulak ada panda kat zoo edinburgh
Quote kucingitam 5-1-2023 10:24 AM
yg kat msia dah pulangkan ke belum?
Quote Simunggu 5-1-2023 10:35 AM
Panda Gay barangkali ni..spesis LGBT
Quote supernaturalee 5-1-2023 11:54 AM
orenmango replied at 5-1-2023 09:00 AM
Semua makhluk ada taste masing-masing. Kesiannya dipaksa kawin dgn pasangan yang diorang tak berkena ...

masing2 berbulu je tgk sbb bnyk sgt bulu

bulu di mana2



Quote supernaturalee 5-1-2023 11:55 AM
kucingitam replied at 5-1-2023 10:24 AM
yg kat msia dah pulangkan ke belum?

iols tgk thn lps ade je
keje tdo membesarkan telor je





Quote misc 5-1-2023 11:57 AM
Letih buat delivery sampai tak sempat honeymoon.
Quote krustykrab 5-1-2023 11:57 AM
Pandai cina tanah besar buat biz ye...pajak binatang pun jadi la
kat msia ni, elok lah kita pajak je acik rosie kat siam ke..blh gak la byr hutang laki sikit²
Quote zarulnazmi 5-1-2023 02:05 PM
Cinta tak boleh dipaksa.
Quote intan244 6-1-2023 12:11 AM
yang guang ni bukan bapak anak2x dia dulu ke. kalau ya, mungkin dah menyampah.
Quote Suchi 6-1-2023 12:47 AM
Lama gak kawen walau tak serasi, panda kat zoo negara bila pula nak dihantar balik?
Quote rosedemon 6-1-2023 08:15 AM
hahah sian sis bro panda. deme tak bernafsu lete. or gay

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.040556 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top