CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaka, Ronaldo Nazario, Neymar Teruk Dikecam Gara-Gara Tak Hadir Beri Penghormatan Terakhir Untuk Pele

5-1-2023 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 693| Komen: 1

Beberapa bintang bola sepak terkenal Brazil dikecam hebat ekoran kelibat mereka tidak kelihatan memberikan penghormatan terakhir buat legenda bola sepak negara itu, Pele.

Beratus ribu orang menunggu berjam-jam di bawah terik matahari pada Isnin untuk memberikan penghormatan terakhir buat Pele di Stadium Vila Belmiro.

Ketika ramai yang sanggup datang dari jauh, bagaimanapun Ricardo Kaká, Neymar da Silva Santos Júnior dan Ronaldo Nazario langsung tidak kelihatan, sekaligus menjadi kritikan ramai.


Foto: The Guardian

Antara yang hadir adalah Presiden Brazil, Luiz Inacio da Silva; Presiden FIFA, Gianni Infantino; Ketua Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan, Alejandro Domínguez, dan Gabenor São Paulo, Tarcísio de Freitas.


"Di manakah Kaka, yang sebelum ini mengatakan orang Brazil tidak mengenali wira mereka?" soal Walter Casagrande Júnior, seorang kolumnis Brazil yang lantang.

Neymar, adalah seorang lagi bintang bola sepak negara yang tidak muncul, namun meminta bapanya untuk mewakili pihaknya.

Jasad Pele selamat disemadikan di Memorial Necropole Ecumenical, Santos pada Selasa.

Terdahulu pada Isnin, keranda Pele ditempatkan di Stadium Vila Belmiro Santos FC bagi membolehkan peminat memberikan penghormatan terakhir. -CARI

Sumber: mStar/ Theguardian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 6-1-2023 08:14 AM
busy lah tu doa dari jauh pon dah cukup

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.173609 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top