Baru je mendirikan rumah tangga tak sampai seminggu pun lagi, macam-macam cerita menarik yang dikongsikan oleh pasangan pengantin baru pelakon Fatin Afeefa bersama suaminya, Aliff Awang di media sosial. Terbaru, satu video tular di aplikasi TikTok memaparkan Fatin membuat siaran Live memasak untuk suaminya dan video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna menggunakan nama @cik_bungaaaa. Menerusi video tersebut, Fatin menyediakan nasi goreng dan juga ayam masak merah serta meminta suaminya untuk mengulas mengenai hidangan tersebut. Namun, lebih menarik perhatian apabila Aliff dengan selamber memberi review jujur mengatakan masakan dimasak oleh isterinya agak masin, manis dan tidak pedas. Malah, Aliff mengatakan tidak sama berbanding ketika mereka bercinta.
“Sedikit masin berbanding waktu baru-baru bercinta dulu. Ayam sambal ni manis. Manis sangat dan tak rasa pedas,” katanya. Mendengar komen dari suaminya itu, Fatin berkata dia merasa gementar apatah lagi masak secara live sambil disaksikan oleh ramai pengikutnya. Meninjau ruangan komen, perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji suami pelakon itu yang jujur memberikan komen serta dalam masa yang sama isteri boleh perbaiki masakan di masa akan datang. Comel kan! Sedap atau tak belakang cerita janji ada usaha untuk masak buat suami tercinta. Pasti juga ramai yang mengalami situasi dan momen sama seperti Fatin ini kan masa awal-awal berumah tangga? Baik korang mengaku cepat! - CARI |
misszaitun replied at 5-1-2023 02:44 AM
cer suruh laki dia masak pulak sedap tak sebab tugas masak, kemas rumah bukan tugas hakiki isteri ya ...
noor2 replied at 5-1-2023 04:42 AM
Aku baca artis yg aku x kenal langsung ni dgn laki baru dia ...knp la dia dapat laki yg bodoh sgt ni ...
LadyCarefree replied at 5-1-2023 05:54 AM
Pompan tu sanggup kot asalkan lakinya ada mustang dan katanya handsome. Handsome tang mana pon xta ...
Fly_over replied at 5-1-2023 07:31 AM
laki dia mmg mulut hangsuang uols… lagi hangsuang dr adam.. entah mcm mana la patin punya taste pil ...
ADVERTISEMENT