CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap Rakyat Taiwan Dapat Hampir RM1,000 Sempena Tahun Baharu

4-1-2023 11:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 716| Komen: 4

Perdana Menteri Taiwan, Su Tseng-chang hari ini mengumumkan kerajaan bercadang untuk menyalurkan wang tunai bernilai hampir AS$200 (RM881) kepada setiap rakyatnya pada tahun ini.


Beliau berkata ia adalah satu bentuk perkongsian 'keuntungan' selepas negara merekodkan prestasi pertumbuhan ekonomi yang baik.

Ekonomi negara itu bergantung kepada eksport untuk produk seperti cip semikonduktor, menyaksikan kadarnya meningkat 6.45 peratus pada 2021 menjadikan ia kadar terpantas sejak berkembang 10.25 peratus pada 2010.


Gambar hiasan/Rappler

Walaupun pertumbuhan ekonomi dijangka perlahan pada 2022 dan 2023, kerajaan merancang untuk menyuntik tambahan dana berjumlah T$380 billion (RM54.4 bilion) hasil cukai pada tahun lalu ke dalam ekonomi.


Ia bagi membantu melindungi negara pulau itu daripada ditimpa kejutan ekonomi global termasuk subsidi untuk harga elektrik serta insurans buruh dan kesihatan.

Tseng-chang berkata sejumlah T$140 bilion (RM20 bilion) yang sebahagian daripada hasil cukai akan dibelanjakan untuk menyalurkan bantuan berupa wang tunai sebanyak T$6,000 kepada setiap rakyat.

"Hasil daripada pencapaian ekonomi akan dikongsikan dengan semua rakyat dari muda hingga tua.

"Kami berharap untuk memberikan pada awal Tahun Baharu," pada katanya sambil menambah proses itu memerlukan kelulusan Parlimen di mana Parti Progresif Demokratif yang mentadbir kerajaan mempunyai majoriti.

Ketika mengumumkan perkara itu, beliau tidak memperincikan bagaimana kerajaan mahu melakukan pembayaran itu.

Taiwan adalah pengeluar utama semikonduktor iaitu bahan yang digunakan untuk pelbagai pembuatan merangkumi kereta, telefon pintar sehingga jet pejuang.

Ekonomi negara itu terus merekodkan pertumbuhan stabil semasa penularan pandemik COVID-19 selama beberapa tahun, didorong permintaan utuh terhadap cip bagi pengguna elektronik di tengah-tengah ramai orang bekerja di rumah.

Bank Pusat Taiwan pada Disember tahun lalu, memotong anggaran pada 2022 membabitkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 2.91 peratus daripada 3.51 peratus yang diramalkan pada September tahun sama.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-1-2023 12:47 AM
Untingla.        
Quote faraway1 5-1-2023 02:35 AM
Canada kasi 600 dollars sorang awal bulan lepas..

Yea
Quote venom1 5-1-2023 07:48 AM
moga kerajaan Malaysia akan ikut jejak negara Taiwan dan Canada lepas ni
Quote pinkpunk 5-1-2023 08:40 AM
taiwan best sangat.. jauh beza suasana dia ngn china n hongkong..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065534 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top