CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sindiket Kantoi Jual Cecair Vape Perisa Ganja

4-1-2023 11:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 708| Komen: 1

Polis membongkar kegiatan sindiket menjual ganja dalam bentuk cecair rokok elektronik atau ‘vape’ selepas empat daripada ahli sindiket ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama, di sini semalam.


Hasil serbuan kira-kira pukul 9.45 malam itu menemukan dadah jenis ganja seberat 494 gram (g), dan cecair ganja sebanyak 3,496 milliliter (ml).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, sindiket memproses cecair ganja berkenaan untuk dijadikan cecair vape berperisa ganja dan dijual dalam botol bersaiz 5ml pada harga RM60 sebotol.


Gambar hiasan

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan boleh dibekalkan kepada 2,242 pengguna dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kata beliau, kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini.

“Hasil soal siasat yang dilakukan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, berjaya menahan seramai tujuh lagi suspek dalam serbuan kedua di sekitar ibu negara.

“Hasil ujian saringan awal urin terhadap semua suspek berkenaan mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis kanabis (THC), methamphetamine dan amphetamine,” ujarnya.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti saki-baki sindiket, modus operandi dan dari mana sumber bekalan dadah berkenaan diperoleh.

“Kesemua suspek terdiri dari lelaki tempatan berusia 19 tahun hingga 28 tahun ditahan reman antara dua hingga tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan rampasan dadah ini bolehlah menyalurkanya di talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan,” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-1-2023 12:49 AM
Aishhh.. dah lah budak2 sekolah pon ramai Isap vape

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.046442 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top