CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

100 Jam Cuba Diselamatkan, Akhirnya Budak Terperangkap Dalam Cerucuk Konkrit Meninggal Dunia

4-1-2023 11:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1769| Komen: 9

Budak lelaki Vietnam berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam cerucuk konkrit terbuka sempit di tapak pembinaan pada Malam Tahun Baharu telah disahkan meninggal dunia, kata media kerajaan hari ini.


Pasukan penyelamat menghabiskan hampir 100 jam cuba membebaskan Ly Hao Nam dari tiang sokongan sepanjang 35 meter yang didorong ke dalam tanah, tetapi tidak berjaya, akhbar dalam talian VnExpress memetik seorang pegawai kerajaan tempatan sebagai berkata.


Pasukan penyelamat melihat ke bawah ke tapak di mana seorang budak lelaki berusia 10 tahun telah terperangkap dalam cerucuk sedalam 35 meter pada 2 Januari 2023. - Foto AFP

"Pihak berkuasa telah menentukan bahawa mangsa telah meninggal dunia dan sedang berusaha mendapatkan mayatnya untuk pengebumian," timbalan pengerusi wilayah selatan Dong Thap, Doan Tan Buu, dipetik sebagai berkata.


Nam didengari menangis meminta tolong sejurus selepas dia terjatuh ke dalam cerucuk konkrit berongga, yang mempunyai diameter 25 sentimeter Sabtu lalu di tapak pembinaan jambatan di wilayah delta Mekong di mana dia mencari besi buruk bersama rakan-rakannya.

Terdahulu pada Rabu, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh telah menggesa penyelamat dan pihak berkuasa tempatan untuk menggerakkan semua peralatan dan pasukan yang diperlukan, kata kerajaan. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 5-1-2023 12:01 AM
Sebab dah tak dengar suara dia ya jd dianggap telah mati ke?
Siannya.dahla sempit lubang dia jatuh tu 25cm jer.
Mujur juga dorang nak cari gak mayat dia kalau tak terkubur camtu je dah la tapak pembinaan.
Quote BoongaKertas 5-1-2023 07:49 AM
kesiannya dia...
Quote venom1 5-1-2023 07:53 AM
dengar2 dulu kalau ada pekerja pembinaan mati kat kawasan pembinaan akan disimenkan je dalam konkrit tu
Quote Carcosa 5-1-2023 08:56 AM
Oh meninggal dah ke adik ni.. Siannye lahai..
Quote KamikuP 5-1-2023 09:08 AM
Kesiannya tgh cari besi buruk ajal menjemput
Quote green~tea 5-1-2023 09:10 AM
KamikuP replied at 5-1-2023 09:08 AM
Kesiannya tgh cari besi buruk ajal menjemput

Oooo kisah nyaaaa...


Aku ingat dia duk main sorok2.. ye la budak kan
Quote Sazreena 5-1-2023 07:58 PM
Jadi penunggu kawasan tu la gamaknya..
Quote Reymz 5-1-2023 08:43 PM
venom1 replied at 5-1-2023 07:53 AM
dengar2 dulu kalau ada pekerja pembinaan mati kat kawasan pembinaan akan disimenkan je dalam konkrit ...

Logic nya macam tu kalau dia terjatuh didalam lubang cerucuk yang sedang di curahkan konkrit...
Quote Nenolen 5-1-2023 09:38 PM
Innalillah...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056002 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top