CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu-Satunya Bandar Tiada Sebarang Kecanggihan Teknologi

14-9-2015 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11524| Komen: 35

Oleh Izzah Abbasy

Negara mana yang masih tiada kemudahan elektronik dan elektrik? Pasti menjadi tanda tanya kerana kini semua negara rata-rata telah maju ke hadapan dengan adanya pelbagai kecanggihan selari dengan perkembangan moden dunia.

Namun, berbeza dengan bandar Green Bank yang terletak di Pocahontas County, West Virginia, Amerika Syarikat, mungkin satu-satunya bandar di mana telefon bimbit, Wi-Fi, radio dan televisyen tidak boleh digunakan dan menyalahi undang-undang.




Ini disebabkan oleh, bandar itu terletaknya teleskop terbesar di dunia steerable radio di bumi - Robert C. Byrd Green Bank Telescope (GBT), yang dikendalikan oleh National Radio Astronomi Observatory. Bandar ini satu-satunya bandar yang sunyi disebabkan oleh GBT. Mungkin tak ramai yang sanggup tinggal di sana kan?


Walaupun sedikit pelepasan gelombang radio daripada peranti elektronik ia boleh menghalang bacaan daripada teleskop radio. Oleh itu, semua telefon bimbit, Wi-Fi, radio dan alat-alat komunikasi yang lain adalah menyalahi undang-undang di bandar ini. Kereta yang menggunakan petrol juga dilarang sama sekali.



Sempadan zon bebas peranti terletak jauh di luar Green Bank. Ia juga dikenali sebagai National Radio Quiet Zone, bersempadan dengan West Virginia, Virginia, dan Maryland. Pasti ramai daripada kita tidak boleh bayangkan hidup tanpa telefon bimbit atau sebarang alat elektronik. Walau bagaimanapun, terdapat 140 penduduk yang tidak keberatan tinggal di sana. Kanak-kanak bermain di taman permainan dan remaja hanya duduk membaca buku. Jika mereka perlu menghubungi seseorang, mereka akan menggunakan telefon berbayar jenis lama.

Jika orang dahulu boleh hidup tanpa sebarang peralatan canggih, kenapa kita tidak? - CARI Infonet



Sumber info : dairishare

15

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
3

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 11-9-2015 02:07 PM
internet ada tak sana?
setakat handphone tak boleh guna boleh survive lagi
Quote epis 11-9-2015 02:18 PM
apa fungsi teleskop radio ni ye?
Quote enKeladi 11-9-2015 02:21 PM
ooooo..tidak!!!!.....bosoooan nyerrrr...huhuhuhuhuhu #jadi katak bawah tempurung lah nnt
Quote SelamiHayati 11-9-2015 02:25 PM
Edited by SelamiHayati at 11-9-2015 02:29 PM

elok jugak. sebab ada sesetengah gelombang boleh menyebabkan perubahan mood ke mood negatif. sbb tu kat negara2 maju byk kes2 jenayah, ramai xboleh bersabar, bertindak xfikir panjang disebabkan gelombang2 'halus' ni semua menceralukan otak manusia. termasuk jugak dr asap2 kenderaaan yg mgkin boleh mencemarkan perkembangan bayi atau janin dlm rahim, kemudian dilahirkan cacat atau ada penyakit mental sejak lahir mcm skizoprenia, autism tp lebih byk dilahirkan sakit mental dr cacat. cuma ramai je yg xperasan psl hal ni dan xamik port langsung akhirnya menyesal seumur hidop.
Quote AbukRokok 11-9-2015 03:20 PM
SelamiHayati replied at 11-9-2015 02:25 PM
elok jugak. sebab ada sesetengah gelombang boleh menyebabkan perubahan mood ke mood negatif. sbb tu  ...

jarum jarum halus?
Quote zuerinaBP 11-9-2015 03:26 PM
kembali ke zaman dlu, xde hp, wifi, internet..
guna telepon public....
mmg best...kanak2 bole main permainan dulu...galah panjang, batu seremban, konda kondi...
Quote Ipo 11-9-2015 03:40 PM
tengok pada suasana ..macam tenang je..

Quote pisangcis 11-9-2015 03:43 PM
bagus ni ... tak de pencemaran... bertapa pun elok ge
Quote moocoww 11-9-2015 03:58 PM
Tak sanggup tinggal kat sini....boleh mati kutu...
Quote bianglala 11-9-2015 05:03 PM
baca tajuk tadi ingatkan perkampungan Amish
Quote Artemesiaa 11-9-2015 06:34 PM
Kaki gaget tak perlu le nak kesana kalau gi pun mesti complain memanjang je
Quote gugunogaga 11-9-2015 09:26 PM
Edited by gugunogaga at 11-9-2015 09:28 PM

cantik tempat dia kalau buat photoshoot wedding.. pergi sana utk vacay ok la kot
Quote olafhul 11-9-2015 09:55 PM
abg mcm tk sanggup je nk duduk situ.
Quote samperit 12-9-2015 12:45 AM
gekkou replied at 11-9-2015 02:07 PM
internet ada tak sana?
setakat handphone tak boleh guna boleh survive lagi
Green Bank, yang terletak di Pocahontas County, West Virginia, Amerika Syarikat, mungkin satu-satunya bandar di mana telefon bimbit, Wi-Fi, radio dan televisyen tidak di boleh digunakan dan menyalahi undang-undang.
jwpnnye xde
Quote ipes2 12-9-2015 06:38 AM
what? no TV and internet?? golly!
Quote edee_91 12-9-2015 06:50 AM

dekat artikel cuma cakap tiada wi-fi. tak bermakna internet tiada secara total. mereka mungkin masih boleh guna cabled internet?
Quote wwwvvvwww 12-9-2015 08:33 AM
Habis ketinggalan penduduk sana
Quote tritium 12-9-2015 08:56 AM
Kesiaaann.
Quote samperit 12-9-2015 12:29 PM
edee_91 replied at 12-9-2015 06:50 AM
dekat artikel cuma cakap tiada wi-fi. tak bermakna internet tiada secara total. mereka mungkin mas ...

mungkinlah kot..cabled internet yg dial up dulu2 ke? zmn mirc chat?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.096892 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top