CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Warga Emas Lemas Selepas Terjun Jeti Bagan Datuk Ditemui

4-1-2023 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 563| Komen: 0

Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun ditemukan lemas selepas dikatakan terjun ke dalam laut di Jeti Bagan Datuk hari ini.

Mayat lelaki warga tempatan itu dijumpai nelayan pada pukul 9.40 pagi pada jarak 3.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjun.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Asmahisham Ab. Aziz berkata, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat pada pukul 10.21 malam tadi.


Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas selepas dipercayai terjun ke dalam laut di Jeti Bagan Datuk, Bagan Datuk semalam. - UTUSAN

Katanya, berdasarkan maklumat awam, mangsa dipercayai telah terjun ke dalam laut dan meninggalkan barangan peribadinya di jeti berkenaan.


“Operasi mencari mangsa diteruskan pagi ini dengan radius pencarian dalam jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjun.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Teluk Intan telah diatur gerak dalam membantu kerja-kerja mencari mangsa. Mangsa bagaimanapun dijumpai nelayan pada pukul 9.40 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, anggota bomba mengambil mayat mangsa dari lokasi dia ditemui dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa disertai 12 anggota bomba termasuk PPDA selain dibantu pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Operasi mencari mangsa tamat pada pukul 10.15 pagi,” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.109383 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top