CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgar Mercedes Benz Dan Nissan Almera, Pemandu Lori Mabuk Direman 4 Hari

4-1-2023 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 632| Komen: 2

Seorang pemandu lori direman empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kejadian memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah, semalam.


Permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.


Tangkap layar rakaman tular

Pemandu lori itu juga didapati telah memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 4.30 petang.

Katanya siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori berusia 41 tahun itu dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).


"Apabila tiba kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu lori terlepas susur ke PTP.

"Pemandu lori memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur PTP sebelum merempuh dua kereta iaitu Mercedes Benz dan Nissan Almera yang berada di laluan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Rahmat, pemandu Mercedes Benz mengalami kecederaan pada bahagian leher dan kaki dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan.

"Pemandu lori ditahan dan didapati di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chocobozhere 5-1-2023 10:44 AM
Kenapa tak mampos je pemandu lori mcm ni
Quote Skuau 5-1-2023 11:50 AM
"apa salah saiya..saiya mana tau..saiya mabuk la"-pemabuk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.036443 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top