CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Tak Mengaku Buka Klinik Gigi Tak Berdaftar

4-1-2023 06:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1222| Komen: 8

Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di sini, dua tahun lepas.

Tertuduh Norazia Abdul Rahman, 41, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nazlyza Mohd Nazri.


Bernama

Wanita itu dituduh menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dengan menjalankan perkhidmatan pemasangan veneer yang merupakan suatu amalan pergigian di bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini pada 20 Ogos 2021 pukul 5.55 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(a) akta sama, yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM300,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali.


Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Nozaizeli Abu Samah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 4-1-2023 06:46 PM
Amboih...pandai pasang veneer sendiri..
Quote SiMontel 4-1-2023 06:56 PM
amboi amboiiii...dulu ada doktor gigi palsu
pastu tukang pasang braces
now tukang pasang veneer...
cemana la customer dorang ni percaya ...aduhai
Quote EraPajura 4-1-2023 07:07 PM
SiMontel replied at 4-1-2023 06:56 PM
amboi amboiiii...dulu ada doktor gigi palsu
pastu tukang pasang braces
now tukang pasang veneer...

Harga murah kaka..nak pergi ke doktor bertauliah tak mampooo.
Quote SiMontel 4-1-2023 07:16 PM
EraPajura replied at 4-1-2023 07:07 PM
Harga murah kaka..nak pergi ke doktor bertauliah tak mampooo.

nanti kang...dari elok elok ada gigi..terus hilang gigi semua hehehehhe
bahaya sebenarnya ni...
Quote Innrukia 4-1-2023 07:17 PM
mggu lps gi scaling & polish pun dah rm235.. doctor ni mesti lagi murah
Quote buapakperut 4-1-2023 10:39 PM
Veneer dia pakai sarung lekat ja ka
Quote chilly 5-1-2023 08:26 AM
Aik benon jadi dokte pulak. Ehh igt benon kihkihkih.
Quote Tinot7 5-1-2023 08:28 AM
Aritu doktor gigi pelesu ada org tolong lepaihkan sbb dia kuyus, putih, cantik giteww.. hat ni, ...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037095 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top