CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takkanlah Sebab Turun Berkempen, Terus Dikatakan Bercinta Dengan Anak Ahli Politik? - Ruhainies

4-1-2023 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1536| Komen: 9

Tindakan pelakon sensasi, Ruhainies, 30, bersuara berhubung dakwaan menjalinkan hubungan cinta dengan anak ahli politik bukan atas desakan sesiapa.

Sebaliknya, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu menjelaskan, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak tahan apabila sering menjadi bahan gosip apabila kali berkawan dengan lelaki.

Justeru, Ruhainies berkata, dia bimbang gosip tersebar akan menyebabkan rakan-rakan lelaki yang mengenalinya rasa tidak selesa.


IG Ruhainies

"Saya bersuara bukan sebab ada sesiapa marah. Tetapi, saya perlu menjelaskan kerana tidak mahu isu bercinta dengan anak ahli politik terus menjadi bualan, sedangkan saya tidak tahu siapa individu dimaksudkan.


"Sebagai selebriti, saya berkawan dengan semua orang, tidak kiralah pelakon mahupun ahli perniagaan. Namun, saya terkejut apabila timbal gosip mendakwa saya bercinta dengan anak ahli politik.

"Takkanlah hanya disebabkan saya turun berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, baru-baru ini saya terus dikatakan bercinta dengan anak ahli politik?

"Mungkin mereka yang menyebarkan khabar angin sengaja hendak mencetuskan kontroversi, sedangkan saya tidak berkawan dengan mana-mana anak ahli politik," katanya kepada BH Online.

Ruhainies yang kini sedang bercuti bersama keluarganya di London berkata, bukan dirinya seorang sahaja artis yang membantu kempen PRU15 lalu, ada ramai lagi, tetapi kenapa namanya pula terkait dengan gosip cinta.

Katanya, dia juga tidak mahu gara-gara gosip tidak berasas dituduh mudah terjebak dengan cinta, sedangkan mempunyai banyak perkara lain yang perlu dilakukan daripada memikirkan soal cinta.

"Saya tidak mahu disebabkan gosip seperti ini orang takut hendak berkawan dan tidak selesa mendekati saya.

"Saya juga tidak mahu dilabel mudah jatuh cinta, sedangkan ia tidak berlaku.

"Mungkin juga penyebar cerita berniat tidak baik terhadap saya. Jadi, tidak salah saya bersuara bagi mempertahankan hak," katanya.

Mengulas adakah teman lelaki cemburu dengan gosip bertebaran, Ruhainies enggan mengulasnya.

"Soal itu, saya tidak mahu komen," jawabnya ringkas.

Sebelum ini, Ruhainies mengambil pendekatan tidak lagi menjaja kisah cinta bersama jejaka dikenali sebagai Mr E dalam media sosial kerana ingin memberi fokus kepada kerjaya.

Tindakan itu juga dilakukan seiring peningkatan usia dan mahu lebih berhati-hati berkongsi perkara peribadi.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sunkiss8999 4-1-2023 08:44 PM
Ok noted si kudut
Quote bankerpencen 4-1-2023 08:55 PM
Dia kempen untuk siapa?
Quote heythere123 4-1-2023 10:03 PM
dia ni, kalau dia kawen & decide untuk bersara, memang boleh sujud syukur sebab sheols memang tak berbakat
Quote Hoola 4-1-2023 10:08 PM
Rindu laks dgn Mr E jaket beldu, bertutup muka laksana trend takut ain
Quote Perawankota 5-1-2023 12:58 AM
Dia ni mesti Ada cable kuat dlm industri
Quote anakkerengga 5-1-2023 01:04 AM
Tak minat ruhainies tp suka tgk tubuh dia kecil molek..
Quote anony-mous 5-1-2023 01:07 AM
Gmbar atas tu cantik plak. Berapa byk photoshop agknya.

Ko kena gosip sbb ko dah letak label mcm tu dkt diri ko awal2 masuk industri dlu
Quote lasagna 5-1-2023 09:25 AM
dah 2023 relevant lagi ke si kemut ni? uwaaaaaaaaaaa
Quote marchikobonzo 5-1-2023 11:32 AM
30 dah umur kemut ni?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.089931 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top