CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korea Selatan Beku Kenaikan Gaji Pegawai Tinggi

4-1-2023 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 523| Komen: 1

Kementerian Pengurusan Kakitangan memaklumkan kabinat Korea Selatan pada Selasa meluluskan pelan pembekuan kenaikan gaji tahunan pegawai kanan kerajaan untuk tahun ini sejajar langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan menjamin disiplin fiskal.


Yonhap melaoporkan, menerusi pelan itu, kenaikan gaji tahunan penjawat awam daripada gred 4 dan lebih tinggi akan dibekukan dan 10% daripada gaji mereka akan didermakan, kata pegawai kementerian.


Yoon (kiri) dan Han (kanan)
Joint Press Corps

Ini bermakna kenaikan gaji timbalan pengarah kanan dan pegawai tinggi dibekukan termasuk Presiden Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Han Duck-soo.

Gaji tahunan Yoon berjumlah kira-kira 245 juta won (RM844,702) untuk tahun ini.


Bagi penjawat awam gred 5 dan ke bawah, gaji tahunan mereka akan dinaikkan sebanyak 1.7% tahun ini, kata kementerian itu.

Dalam sistem sembilan peringkat Korea Selatan, gred 1 adalah yang tertinggi dan gred 9 adalah yang terendah.

Sementara itu, gaji bulanan sarjan Tentera Darat akan dinaikkan kepada 1 juta won (RM3,447) tahun ini berbanding 676,000 won (RM2,330) tahun lepas.

Gaji bulanan untuk sarjan akan dinaikkan lagi kepada 1.25 juta won (RM4,309) pada tahun depan dan 1.5 juta won (RM5,171) pada 2025.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 4-1-2023 05:40 PM
Meanwhile..  Korean Oil and Gas company Hyundai kasi 120 months bonosssss

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052851 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top