“90 peratus hal rumah tangga yang didedahkan di media sosial biasanya tidak dapat diselamatkan.” Demikian kata pendakwah bebas dan motivator, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof sebagai mengulas tindakan sesetengah suami isteri yang berkongsi mengenai kemelut rumah tangga mereka di alam maya yang sekali gus boleh membuka aib pasangan.
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra yang juga Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) berkata, hal tersebut bukanlah menjadi jalan terbaik dalam menyelesaikan konflik rumah tangga yang berlaku. “Sebab itu, saya boleh katakan ia suatu yang normal bila kita berumah tangga akan menghadapi masalah.
“Maka jangan menggunakan media sosial kerana di situ percayalah, lebih ramai orang yang ‘bertepuk tangan’ di atas musibah yang kita hadapi. Berbanding yang nak mendoakan kebaikan. “Nasihat saya, apapun masalah yang berlaku biarlah apa yang berlaku di dalam (rumah tangga), kekallah di dalam. Pada masa sama kita cari jalan penyelesaian. “Kalau Allah SWT izinkan… tidak panjang jodoh sekalipun, sekurang-kurangnya kita masih lagi boleh berkawan, mungkin kerana anak dan sebagainya. “Kita dengan mak ayah pasangan sebagai mertua (pertalian) sampai sepanjang hayat. Jadi tak perlu bergaduhlah,” katanya lagi. Ustaz Mohammad Yaakub Yusra berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penyampaian Profesional Certificate & Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Asri Ahmad Academy dan Maahad Integrasi MADAD di Hotel Tenera, Bangi, baru-baru ini. Jelasnya lagi, tindakan membuka pekung pasangan juga antara salah satu dosa besar yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa pun. “Jelas, nabi sebut dalam hadis, di antara perkara yang membawa kepada dosa besar ialah menyebarkan aib pasangan, tak kisah suami, isteri atau pun ahli keluarga terdekat,” katanya lagi. Sumber: Media Hiburan
|
green~tea replied at 4-1-2023 05:43 PM
Ye ke.. yang alip azeZ dengan bella tu kemahennn bergasak medsos berkali2 siap burung berterbangan e ...
edayildiz replied at 4-1-2023 10:40 PM
kalau blh meroyan kt medsoc nape nk diam
lightheaded67 replied at 5-1-2023 07:01 AM
eh lagi satu jenis, dlm circle korang mesti ada lelaki/fomfuan, yg jenis asyik la komplen suami/bini ...
hyie replied at 4-1-2023 06:23 PM
sebenarnya orang nak kan perhatian jurrr, gitulah manusia.
green~tea replied at 5-1-2023 08:11 AM
Takyah tolong dan JANGAN tolong... dengar je dia nak meluah...
Buat penat masa, emosi, tenaga, f ...
edayildiz replied at 4-1-2023 10:40 PM
kalau blh meroyan kt medsoc nape nk diam
ADVERTISEMENT