Raysha Rizrose sebelum ini kata dia nak kahwin dengan Nabil Jeffri yang juga pelumba kereta Formula 3 tetapi bukan dalam masa terdekat. Namun menurut BOOM!, terdapat sekeping foto dihantar pembaca yang mendakwa pasangan itu sudah melangsungkan majlis pertunangan.
Pengirim tersebut tidak menyatakan tarikh majlis diadakan tetapi berdasarkan data masa yang tertera, foto itu dihantar pada Sabtu lalu iaitu 24 Disember 2022. “Gambar pertunangan Raysha Rizrose,” tulis pengirim berkenaan menerusi mesej peribadi di akaun Instagram BOOM!. Raysha dan Nabil dilihat mengenakan busana tradisional di atas pelamin dihiasi himpunan bunga yang sinonim seperti acara pertunangan atau perkahwinan.
Pasangan itu juga dilihat menunjukkan jari masing-masing. Tinjauan ke akaun Instagram milik Raysha selain ahli keluarganya iaitu Uqasha, Nelydia Senrose, Octavia dan Aprena Manrose mendapati tiada posting berkaitan dakwaan terbabit. Terdahulu, Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz menjelaskan, dia memerlukan masa dan tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan untuk berkahwin. Untuk rekod, pasangan itu sudah 10 tahun menjalin perhubungan meskipun pernah mengalami ‘putus cinta’ selama empat bulan sebelum akhirnya berbaik semula. -CARI |
Carcosa replied at 4-1-2023 10:27 PM
Diorang ni lama bercinta kan? Baguslah kalau kawin
Si Raysha ni pun, takde gosip merepek2. Cuma lako ...
Rogue98 replied at 5-1-2023 01:20 AM
10 tahun dah apahal nak tunang2 lagi...
dudaberhias replied at 5-1-2023 03:46 AM
Sebab sendu kot, kena kumpul2 saving dulu kaka. Bagi penuh tabung haji dulu. Takpun tengah tunggu ...
bedahmenjuyah replied at 5-1-2023 01:13 PM
Kena kumpul duit mcm achik ajeri ke? Sian dah 2023 belum kahwin lg dgn azra my everythin
dudaberhias replied at 5-1-2023 01:45 PM
yerrr bak kata kaka #penuhkantabunghaji dulu... lepastu boleh la kahwin sambil umroh dengan 2 eko ...
ADVERTISEMENT