CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidayah Balu Abam Bagi Amaran Kepala Ali Puteh, "Jangan Nak Lengah-Lengah Bayar RM60 Ribu"

4-1-2023 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10693| Komen: 134

Balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah berharap agar pelawak Ali Puteh tidak melengah-lengahkan lagi urusan pembayaran yang telah diperintahkan oleh mahkamah.

Bersyukur keputusan rayuan mahkamah berhubung ganti rugi itu memihak kepadanya, Hidayah atau Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 31, bagaimanapun meminta adik iparnya itu patuh dengan perintah berkenaan.

Foto: IG

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga memihak kepada saya.

"Semoga pihak disana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang ditetapkan," katanya.



Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4, dapat meneruskan kehidupan lebih baik selepas ini.

Malah, dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka berdua.



"Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini.

"Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah," ujarnya.



Sebelum ini, Hidayah mengemukakan saman terhadap Ali atas dakwaan perkongsian pelawak itu di laman sosial telah menjatuhkan maruahnya.

Antara perkongsian tersebut adalah menggambarkan Hidayah seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya.



Pada 18 Februari tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan membenarkan tuntutan saman Hidayah terhadap Ali.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, bagaimanapun gagal dalam rayuan untuk mengetepikan perintah mahkamah berhubung ganti rugi sebanyak RM60,000 itu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote immaryjane 4-1-2023 04:48 PM
Sejenis gemok wangiiii wlupun buat keje teruk gak.
Quote msdummy.2018 4-1-2023 04:50 PM
She is the most good example fpr classy...suka tgk dia react terhadap mslh dia...lagi worst sb kena kaw2 dgn in laws aka arwah ehem2...dia pun bukan mudah hidup nk fight sma...dh ku katakan...kalo org tug jahat, ko xpyh sibuk pubg panv pyng pang...tuhan sndr byr cash atas dunia...ko tunggu jerlahhh
Quote manehnya 4-1-2023 04:52 PM
aa cepat sikit bayor.. kalu tak kena saman lagi.. melingkup terus,

tu la cari pasal sgt.. dah kena damage
Quote sora13 4-1-2023 04:54 PM
Ingat lagi fans Ali tu ketawa kan dan kutuk2 Dayah sebab terpaksa jual cempedak untuk teruskan hidup. Mana fans tu sekarang, pergilah tolong bayarkan sekali.
Quote Nnasda53 4-1-2023 04:57 PM
Bagus ingatkan si susun tu cepat sikit bayar.

Quote pocongkiutss 4-1-2023 04:58 PM
Ada juga fans Ali Susun kat sini ye
Quote becir 4-1-2023 05:02 PM
Anak abam ni dah overweight sgt. Mohon dayah g jumpa dietician la, dah dedua parents overweight obese takkan nak anak mengikut jugak
Quote kemala.sigh 4-1-2023 05:03 PM
Bagus dayah. Jangan bagi muka kat orang gila harta n xde belas kasihan kat bini yang baru lepas kehilangan tempat bergantung kena besarkan anak sorang2.
Quote prince_marhaen 4-1-2023 05:10 PM
PADAN MUKA kau ali hitam barua!!! Kalau dari awal kau santuni anak buah darah daging abang kau dengan balu arwah, takdelah hidup kau dibenci!!! Hadaplah kau job astro yang bodo-bodo lebih-lebih artis lain tu bagi makan anak bini kau..
Quote Sachacha 4-1-2023 05:12 PM
Alicitam tengah cucun² duit ke tuuu
Quote nadie90 4-1-2023 05:26 PM
msdummy.2018 replied at 4-1-2023 08:50 AM
She is the most good example fpr classy...suka tgk dia react terhadap mslh dia...lagi worst sb kena  ...

Masa arwah Abam masih hidup pun Hidayah ni low profile ja....xnmpk jakun org kata wlpun Abam ni pelawak yg mmg popular sblm meninggal dunia....nmpk personaliti dia macam mana.
Quote prettyuglybabe 4-1-2023 05:33 PM
lepas ni tuntut faraid pulak..
Quote Incanto 4-1-2023 05:36 PM
msdummy.2018 replied at 4-1-2023 04:50 PM
She is the most good example fpr classy...suka tgk dia react terhadap mslh dia...lagi worst sb kena  ...

setuju

action speaks louder than words

buat kerja , guna jalan yg betul. Tak payah pung pang sana sini
Quote shernazz 4-1-2023 05:43 PM
Elok lah tak.lengahkan
Dah la suka nganjing plak.tu..
Dapat saman bertimpa2.kalah pung masih.mendongak.ke langit.lagi..
Quote asfaz 4-1-2023 05:44 PM
sora13 replied at 4-1-2023 04:54 PM
Ingat lagi fans Ali tu ketawa kan dan kutuk2 Dayah sebab terpaksa jual cempedak untuk teruskan hidup ...

Jual cempedak lagi mulia dri perangai kaut rete bukan hak sendiri. Penjilat Litam sama buduuhh dgn Litam sekarang ayat "kita tak tahu kisah sebenar" bukan hal keluarga kita

Haa githoohhhh
Quote dudaberhias 4-1-2023 05:47 PM
adan uker dekat si gelap bibir macam buntot ungka tu...
takde masalah pergi cari masalah semata2 nak berebut secebis dua faraid... hujung2 di faraid kan terus sian yach siap berkopiah dan tasbih bagai masa PC haritu hujung2 tuhan cashkan terus takde installment... kaka expect ada la installment dalam beberapa bulan ke tahun macam orang buat loan... ni cash terus jah macam durian runtuh...
Quote laksmanabentan 4-1-2023 05:57 PM
boyoooorr laaa....
Quote Sunkiss8999 4-1-2023 08:59 PM
Hidayah ni iols asyik confused dgn si serra ke ape nama bekas bini syuk tu..tapi hidayah ni jauh lagi mulia dari si serra quey quey tu..
Quote Fly_over 4-1-2023 09:14 PM
well done sistorrrr…

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054358 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top