CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Lagi Enam Juta Dos, Vaksin Covid-19 Terpaksa Dilupus Sebab Rakyat Malaysia Tak Berminat

4-1-2023 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1246| Komen: 15

Putrajaya: Negara ini mempunyai vaksin Covid-19 yang mencukupi tetapi banyak yang terpaksa dilupuskan kerana kurang sambutan daripada rakyat untuk mengambil dos penggalak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hampir 49 peratus orang ramai sudah melengkapkan pelalian mengambil dos penggalak dan ketika ini, bekalan vaksin masih ada kira-kira enam juta dos.


Foto: Harian Metro

"Jadi saya syorkan, bermula dengan wartawan yang belum ambil dos penggalak untuk ambil kerana mengikut unjuran dan kajian Kementerian Kesihatan (KKM), jangkitan ini belum tamat.

"Jadi jika begitu, yang sudah ambil dos pertama dan kedua, harus mengambil dos penggalak kerana vaksinnya masih ada," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 4-1-2023 04:33 PM
Baik bang non. Kuatkuasakan skg la. Before cina masok msia. Cpt ckit.
Quote LoveSungmin 4-1-2023 04:57 PM
i nak book for 2nd booster tapi takda AZ
Quote stingerkaypoh 4-1-2023 05:02 PM
LoveSungmin replied at 4-1-2023 04:57 PM
i nak book for 2nd booster tapi takda AZ

Setakat nk ambik AZ made in kilang kt Thailand baik ko rebus chengkeh jew khuenz?

Kahkahkahkah
Quote margo20 4-1-2023 05:06 PM
Lupus jela kerajaan bukan tak biasa membazir
Quote AbukRokok 4-1-2023 05:51 PM
Nov 2022
sg buloh

Vaksin..berapa ramai yang mati? - nuar brahm
Quote MelahJanda 4-1-2023 05:53 PM
dia taknak vaksin tapi dia nak main tutup2 sempadan dan swab semua org masuk negara. nak banyakkan kerja staf kkm la tu.

nanti staf hosp habis bertangga kat klia nak swab org, ko marah pulak hospital tunggu lama staf takde.

abis ko nak apa babi
Quote ina_na 4-1-2023 06:01 PM
aku teruk sakit lps second vaksin pizah mmg x la dah nk vaksin ni..anak bongsu aku pun x vaksin.elok je sihat..vaksin influenza je.. Alhamdulillah elok jugak dia..org lain batuk demam selesema..dia relax je X de pe2.. Kami bertiga yg cucuk pizah ni walaupun ambik vaksin influenza kn gan influanza A.. sakit ya ampun..rs retak2 urat ni..yg penting p sekolah pg gan petang pakai mask muka
Quote shernazz 4-1-2023 06:50 PM
Laki iols dah dptkan booster kedua dah..
Quote antikorok 4-1-2023 06:54 PM
Stok 88 jota dos terlebih order tersengih busok
Quote Adrif 4-1-2023 06:58 PM
shernazz replied at 4-1-2023 06:50 PM
Laki iols dah dptkan booster kedua dah..

huwau. koje penguatkuasa eh?
Quote shernazz 4-1-2023 07:02 PM
Adrif replied at 4-1-2023 06:58 PM
huwau. koje penguatkuasa eh?

No lah...boss dia soh amek sebab high risk.punya koje kan..hoho...
Tak ramai.pung amek...
Quote kotakominami 4-1-2023 07:19 PM
Stakat ni vaksin 1 & 2 jer....booster tk kot.....kau kuar pakai mask pon dah cukup..
Quote kemaruk 4-1-2023 10:21 PM
Kenapa pemggemar vaksin tak minum adja viksin tersebut
Quote rosedemon 5-1-2023 08:04 AM
beli byk2 tu duit membzir ja. kimax
Quote koko2 5-1-2023 08:29 AM
termasuk aku sefamili punya vaksin ler tu antara yg DILUPUSKAN teda sambutan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.155790 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top