Nad Zainal nak mula kerja kembali Mac nanti kalau kesihatannya mengizinkan. "Bukan sekadar berlakon saja, saya juga berharap diberikan kesihatan yang baik. Saya mempunyai banyak perancangan nak dibuat untuk tahun ini.
"Jadi, saya harapkan segala perancangan itu dipermudahkan. Saya juga harap dapat beri lebih tumpuan kepada keluarga saya. Insya-Allah jika tiada arah melintang dan kesihatan pun dalam keadaan baik, mungkin dah boleh mula kerja pada bulan Mac," katanya kepada Harian Metro. Hampir empat minggu menerima rawatan di hospital termasuk ditidurkan akibat jangkitan kuman pada paru-paru, Nad kata dia mengambil peluang sekarang untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
"Saya ingin menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Ini kerana kita tidak dapat menjangka jadual pada masa hadapan. Siapa tahu mungkin selepas ini saya akan kembali sibuk."
|
Burong_Hantuk replied at 4-1-2023 08:24 AM
sorry aku x pernah minat kat acik nih
Burong_Hantuk: sorry aku x pernah minat kat a ...
totokreturn. replied at 4-1-2023 04:40 PM
dia perlu naikkan semula imej produk tu, kita pun tak tahu dia consume ataupun tidak, maybe setakat ...
bellaa replied at 4-1-2023 04:48 PM
semoga nad ditidurkan semula
ADVERTISEMENT