Masya Masyitah sekali lagi dikutuk apabila fesyen terkini yang digayakan olehnya dikatakan tidak sesuai untuk gadis berhijab. Masya tampil dengan seluar pendek yang dipadankan bersama legging putih sewaktu bercuti di Tokyo.
Di Instagram, Masya memuat naik foto dirinya mengenakan pakaian berkonsepkan denim berlatar belakangkan bandar Tokyo. "Teruskan berjalan. Pergi melihat semua kehidupan di dunia. Belajar, berkembang dan teroka," tulisnya.
Di ruangan komen, ramai sakit mata tengok bajunya. Antara komen: "Cantik baju tu. Macam Kpop... tapi seluar tu balut aurat bukan tutup aurat. Harap baiki lagi penampilan. "Rindu pakaian awak yang dulu. Tak mengapalah semoga terus istiqamah ya. "Dah serupa macam tak pakai tudung sebab dengan skirt pendek dan legging ketat lagi. Awak tu berhijab dik. Baju dah elok longgar dan berlengan panjang tapi skirt tu yang tak elok."
Untuk info, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak Ceria Popstar pada 2014 dan menyandang gelaran naib juara Bintang Kecil RTM pada 2011. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|