CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Pelihara Roh Lagu, Nizam Laksamana Bagi Syarat Kalau BBNU Nak Nyanyi Semula Gugurnya Bunga Cinta

4-1-2023 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1052| Komen: 8

Nizam Laksamana mengalukan-alukan sekiranya ada penyanyi baharu yang ingin menyanyikan semula lagunya berjudul Gugurnya Bunga Cinta.

Nizam atau nama sebenarnya Mohd Nizam Pechok, 56, bagaimanapun berkata dia tidak mengizinkan mereka mengubah melodi asal lagu tersebut sekiranya ingin diberikan nafas baharu.


Foto: IG

“Kepada penyanyi baharu yang mahu nyanyikan lagu saya Gugurnya Bunga Cinta, saya alukan tapi ada syarat sebab saya berhak nak tentukan ke atas lagu tersebut kerana lirik lagu itu saya kongsi dengan komposer.

“Orang nak nyanyi lagu itu boleh tapi kena sampaikan lebih baik daripada saya dan jangan ubah melodi lagu tersebut, bukannya saya sombong tapi nak pelihara roh lagu tersebut.



“Setakat ini saya belum jumpa penyanyi pelapis baharu yang sesuai untuk lagu Gugurnya Bunga Cinta, tapi yang saya lihat mungkin agak sesuai ialah Khai Bahar dan menaruh harapan kepadanya untuk cover lagu ini,” kata Nizam kepada mStar. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote talapia 4-1-2023 03:49 PM
Off topic.. Aku paling menyampah lagu Standing In the Eyes of The World nyanyian Ella.. dibuat lagu iklan MAMADIL?? Terus jatuh standard lagu tu. Lagu tu pada aku.. ada di level nya sendiri.. dengar lagu tu.. semangat cintakan negara meresap. Tetiba jadi lagu iklan produk entah hape2..

untuk topic lagu laksamana ni.. yes.. kalau nk cover.. biarla lebih baik hasilnya.. tapi apa pon.. bagus gak cover lagu2 lama sekarang.. sementelah generasi pendengar2 asal lagu2 ni masih hidup.. dan mereka masih mendengar radio.
Quote Honey_Inara 4-1-2023 05:15 PM
Teringat konsert pertama gv2 memang best sungguh abg nizam bawak lagu gugurnya bunga cinta ni.. tarik tinggi sambil senyum2.. sampai melopong tok ram..
Quote shernazz 4-1-2023 05:47 PM
Haah..
Lagu rio tu yang afiq shqzwan cover tu tak sedap.langsung
Dilenggok2 plak
Quote fadz84 4-1-2023 05:52 PM
shernazz replied at 4-1-2023 05:47 PM
Haah..
Lagu rio tu yang afiq shqzwan cover tu tak sedap.langsung
Dilenggok2 plak

Haah prefer yg asal nyanyian Rio.
Quote shernazz 4-1-2023 06:40 PM
fadz84 replied at 4-1-2023 05:52 PM
Haah prefer yg asal nyanyian Rio.

Kan...kat hotfm.erafm.banyak pasang yang afiq ni nyanyi..tak feel..hahah
Quote TerataiMelur02 4-1-2023 07:18 PM
Paling hanat iols terdengar lagu butakah cinta yang d nyanyi fieya julia.
Hauk gila
Quote rosedemon 5-1-2023 08:22 AM
okay nexttt lah
Quote kucingitam 5-1-2023 10:29 AM
betul.. tlglah jgn tukar2 melodi ke lirik lagu2 lama ni..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.038472 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top