CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Beli Dan Guna Flashhskinzz Night Cream Dan Rissa Skin Moisturiser, Ada Racun Berjadual

4-1-2023 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1276| Komen: 15

Putrajaya: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Flashhskinzz Night Cream dan Rissa Skin Moisturiser yang dikesan mengandungi racun berjadual.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, Flashhskinzz Night Cream mengandungi hydroquinone manakala Rissa Skin Moisturiser mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate.

"Notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Foto: Harian Metro

Beliau berkata, produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17- valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.


"Penggunaan produk boleh menyebabkan kesan sampingan tidak diingini seperti hydroquinone menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

"Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

"Betamethasone 17-valerate pula boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat," katanya.

Katanya, penjual dan pengedar produk kosmetik perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu dengan serta-merta.

"Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 4-1-2023 02:54 PM
Pls lah..say no to such product sampah..
Quote azimodin 4-1-2023 02:56 PM
Tengok packaging pon dah bau sampah. Beli je la safi & aiken - murah dah selamat
Quote mejaputih 4-1-2023 03:12 PM
tak penah dgr...tp ada tau org beli produk2 mcm ni...especially those yg suka scroll fb twitter tiktok..iklan2 dlm tu confirm ada produk2 mcm ni...pastu lak iklan kat tv ..makcik2 yg suka tgk tv akan terpengaruh lalu mengorder...
Quote ajuliana 4-1-2023 03:12 PM
2 3 hari ni kerap pulak lalu lalang FYP iollss pasal rissa skin ni. hr ni siap tunjuk kelulusan KKM.. adoi lah rakyat malaysia ni mmg sejenis x serik ya. pastu mulalah buat video breakout selepas menggunakan product itu ini.
Quote cikatilia 4-1-2023 03:33 PM
sampah sarap ni xmurah sgt pon
mahal jugak.. ratus2.. rissa tu around awal 100




Quote prince_marhaen 4-1-2023 03:35 PM
bekas skincare pun alahhaiiiii tak nampak ke produk timbang kilo tepi jamban... masih ada lagi ye yang taksub sangat... harga nak kata murah, murah lagi skincare berjenama dekat drugstores macam Wardah, Aiken, Cosmoderm, Simple, dll..dah confirm selamat & ada R&D ...  penat lah baca berita kebodohan macamni..
Quote prizadane 4-1-2023 03:39 PM
cikatilia replied at 4-1-2023 03:33 PM
sampah sarap ni xmurah sgt pon
mahal jugak.. ratus2.. rissa tu around awal 100

Ye, mahal juga harganya. Baik beli safi ke, garnier. Ni beli mahal mahal pastu ada kandungan merbahaya. Kos product ni silap-silap tak sampai rm15 pun. Tapi jual almost rm100… fonder suka la sebab mudah kaya.
Quote alieyrina 4-1-2023 03:40 PM
1st time dgr brand nya pun
Quote cikatilia 4-1-2023 03:50 PM
prizadane replied at 4-1-2023 03:39 PM
Ye, mahal juga harganya. Baik beli safi ke, garnier. Ni beli mahal mahal pastu ada kandungan merba ...

kan....
dah la merosakkan kulit
pastu kos nak berubat lagi mahal...
pakai safi hat murah tu aman2 aje... basic less than RM10
Quote Kitty_catz 4-1-2023 06:26 PM
kkm kalo nak buat lagi viral,  tempek gambo pondernye sekali

ni mesti geng2 lembugini sewa
Quote dani-rox 4-1-2023 06:43 PM
buroknya packaging... ada jugak selera nak pakai.

bg lembutkan dan lembapkan kulit, beli jah losyen jenama palmer's. selain menggojeskan kulit, kita support fair trade
Quote shernazz 4-1-2023 06:44 PM
Alahai..pakai la brand ponds ke..garnier ke...banyak kedai ado...speedmart.pon ado

Hari tu iols sajq beli mustika ratu kat mydin...yang rose.tu...susu pembersih ke apa..haha...sampainke sudah tak.guna..
Quote rosedemon 5-1-2023 08:01 AM
ada lagi ke guna bnda2 ni alahai bodonya
Quote lee_sakura 5-1-2023 08:18 AM
mejaputih replied at 4-1-2023 03:12 PM
tak penah dgr...tp ada tau org beli produk2 mcm ni...especially those yg suka scroll fb twitter tikt ...

marketing produk sampah ni asal masuk tv & radio kira gah sgt dh tu...produk bagus sgt dh tu padahal beli slot je...stesen tv& radio pon xleh buat apa sbb slot berbyr & ada kontrak...so layan kan aje la asal duit masuk dlm kompeni
Quote mejaputih 5-1-2023 08:54 AM
lee_sakura replied at 5-1-2023 08:18 AM
marketing produk sampah ni asal masuk tv & radio kira gah sgt dh tu...produk bagus sgt dh tu padah ...

yg pelik yg educated pun terpengaruh...berlaku kat my fren sendiri...iols terkejut juga dia cerita baru ni...tu pun percaya lg nk cari produk lain pula yg ada iklan kat fb...pdhal dia mampu je beli produk mcm SKII semua tu...i is tak faham...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.113496 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top