Perkongsian video pelakon Noorkhiriah mnemperlihatkan suaminya iaitu Azfaizul Ahtan sedang mengutip sampah selepas perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil menerima pujian netizen di media sosial.
Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 43, memuat naik video itu selepas hadir memberikan sokongan kepada pasukan negara dalam perlawanan merebut Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 antara Malaysia dan Singapura pada Selasa lalu. Noorkhiriah kongsi rakaman video suaminya sedang mengutip sampah selepas tamat perlawanan bola sepak. Dalam video tersebut, Azfaizul yang mengenakan baju jersi bola sepak Malaysia serta topi berwarna hitam dilihat mengutip sampah bersama-sama dengan penyokong lain selepas perlawanan itu tamat.
"Sampai di stadium pun buat kerja. Habis perlawanan terus kutip sampah. Itupun dia cakap plastik tidak cukup. Tahniah Malaysia 4-1. Semoga Allah membalas kebaikan awak. Saya tengok sahaja," katanya.
|
ADVERTISEMENT