CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amaran Sindiket 'Push-Pocket' Tahun 2016 Ditularkan Semula

4-1-2023 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 672| Komen: 2

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu mesej tular sejak 2016 meminta orang ramai berhati-hati dengan sindiket 'push-pocket' ditularkan semula di media sosial baru-baru ini.


Mesej berkenaan mendakwa, pihak sindiket akan menyelitkan telefon pintar atau dompet ke dalam poket atau beg milik mangsa dan menuduh mereka sebagai pencuri lalu mengugut untuk membuat laporan polis.



Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, mangsa kemudian diminta untuk membayar sejumlah wang kononnya untuk menyelesaikan kes curi berkenaan.

"PDRM mengesan mesej tular kononnya terdapat kegiatan jenayah 'push-pocket' di kawasan tumpuan ramai seperti lapangan terbang dan stesen transit aliran ringan (LRT).


"Semakan mendapati mesej berkenaan tular sejak tahun 2016, bagaimanapun tiada sebarang laporan polis diterima mengenai modus operandi sedemikian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, Noorsiah menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang mesej tular yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

"Tindakan berkongsi atau menyebar berita sedemikian boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada masyarakat," katanya. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 4-1-2023 12:41 PM
Hapaaa lagi pulak niii.. mcm2 kes malaysia
Skrng. Seremmmm
Quote Supersirap 4-1-2023 01:53 PM
Semoga kita dijauhkan dengan perkara begini

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.035216 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top