CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tamparan Itu Naikkan Semangat Kami Sampai Menang Straight Set' - Pelajar Ditampar Jurulatih

4-1-2023 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1736| Komen: 35

Pelajar yang ditampar jurulatih, Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim memberitahu, semangat pasukannya terus melonjak selepas ditempeleng sebelum menang ke atas pasukan Johor untuk melayakkan mereka mara ke peringkat separuh akhir.


Mengimbau semula kejadian itu, Nur’ Saidatul Akma membe­ritahu, insiden itu berlaku selepas pasukannya terlepas beberapa peluang sehingga ketinggalan lima mata kepada pihak lawan dalam kejohanan Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 16 Disember lalu.

“Cikgu Hadee (Saiful Hadee Amar) menampar saya dan rakan tetapi tindakan itu telah menaikkan semangat kami untuk menewaskan Johor secara straight set hingga melayakkan kami mara ke peringkat separuh akhir yang berlangsung di Selangor.


Media Mulia/Kosmo


“Dia tampar sikit dan tak kuat. Dia buat itu kerana yakin pasukan kami sebenarnya boleh tewaskan pihak lawan,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, menurut Nur’ Saidatul Akma, mereka hanya meraih tempat keempat pada kejohanan itu dan ia merupakan pencapaian terbaik pernah dilakukan Pasukan Wanita Melaka Bawah 14 Tahun itu.

Tambahnya, dia sedih selepas jurulatih yang dianggap sebagai bapa sendiri itu dikecam selepas klip video itu tular.

“Dia cuma mahu hilangkan rasa gementar kami tetapi tak sangka pula ramai yang salah faham. Ia tamparan berbaloi kerana kami menang. Saya harap jurulatih akan terus membimbing pasukan,” katanya.

Ujar Nur’ Saidatul, cikgu Hadee menetap di Sungai Udang tetapi sanggup datang jauh untuk melatih mereka. “Kami sayang cikgu Hadee,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 4-1-2023 12:42 PM
Mesti cikgu tu
Baik mcm bapak2 sb tu dorang pertahan kan kot.. tapi fizikal attack tetap salah k
Quote lo_la 4-1-2023 12:45 PM
Still salah ya. Do not normalize violence.
Quote Travelo 4-1-2023 12:56 PM
mengasari/pukul ada akta..so wajib kena hukum...bab lain kena ketepikan dulu...
Quote Kurex 4-1-2023 01:01 PM
Ada scandal dgn jurulatih gemuk tu ke adik2 oiiiiii sampai tak kisah.. kalau ye, hauknya citarasa kau dik..
Quote ultra78 4-1-2023 01:06 PM
Mcm skrip sama zaman-berzaman

"Oleh sebab aku dirotan cikgu la aku jadi manusia berjaya"

Quote Cokoro 4-1-2023 01:16 PM
Hmmm. Mungkin betullah kut dia baik. Tapi still xboleh normalize mnde2 gini. Tambah bdk2 underage plk tu. Kadang ada power play kat situ.
Quote eyansss 4-1-2023 01:17 PM
ultra78 replied at 4-1-2023 01:06 PM
Mcm skrip sama zaman-berzaman

"Oleh sebab aku dirotan cikgu la aku jadi manusia berjaya"

disebabkan makpak aku belasah aku masa kecik la buat aku jadi manusia sekarang...  phuih...  and the vicious cycle akan berterusan sampai AJM...
Quote miracle_forever 4-1-2023 01:18 PM
hmmmmm bongok jugak. kena ugut dgn sekolah ke?
Quote Thunderclouds 4-1-2023 01:30 PM
Ok dekkk..good luck yer next game. Nexttt!!
Quote Supersirap 4-1-2023 01:48 PM
Selalu dengar tamparan wanita, kali ni tamparan lelaki
Quote Fly_over 4-1-2023 02:00 PM
budak lg masih bawah pengaruh makbapak. dah dewasa nanti iols rasa baru dia ada pemikiran, judgement lain psl violence. skrg ni dia ikut je mak bapak cikgu stail apa. kalau mak bapak yg jenis xboleh anak dia kena sentuh mcm tu, mesti budak tu pn mcm mak bapk dia. semoga berjaya jela dek.. yg cikgu pun xyh la guna kekerasan. harap kena tindakan jugak. surat amaran ke apa..
Quote Nizleen86 4-1-2023 02:11 PM
Kalau nak marah tu marah lah. Tp tangan takyah naik pukul2 anak orang. Still baik mcm mana pun, tu bukan anak ko cikgu oi! Buatnya masa tertampar tu ada kecederaan, the parents can sue you!
Quote pooh~key 4-1-2023 02:15 PM
lo_la replied at 4-1-2023 12:45 PM
Still salah ya. Do not normalize violence.

Oh lepas ni seronoklah banduan yang nak kena hukum sebat buntut dek. Jangan sebat buntut kami, its violence katanya dek. Do not normalise violence gayyyytuh sis.
Quote pooh~key 4-1-2023 02:16 PM
Supersirap replied at 4-1-2023 01:48 PM
Selalu dengar tamparan wanita, kali ni tamparan lelaki

Tamparan lelaki guna tangan atas atau tangan bawah sisthur?
Quote annehuda 4-1-2023 02:26 PM
dulu masa aku form 1, aku penah kene tampar ngan cikgu m3 aku. cikgu m3 aku ni muka cengey sikit tapi dia mmg tak penah naik tangan. aku akui masa tu aku memang nakal kaki melawan so nah amek gitu. tapi la kan, kesan daripada itu, sepanjang aku sekolah menengah subjek m3 aku tak pernah tak dapat A.

yg kelakarnye, lepas tu memang viral la kisah aku kene makan penampar cikgu m3 tu. sampai aku habis sekolah la, masuk matriks, masuk u. mmg cikgu tu jaja la citer pasal aku ni, kalau nak pandai M3 meh sini saya bagi pelempang lol.

apa pendpt parents aku pasal kes ni? diorang siasat dulu dan obviously aku salah, sebab masa kejadian tu aku lenggang kangkung masuk kelas tak bawak buku teks tak bawak buku latihan. dan apa pendapat aku pulak mangsa makan penampar? aku akui tu memang salah aku, dan aku diajar kalau buat sesuatu tu hadaplah akibatnya.  apepun memang lepas kene tampar tu aku rasa macam ada satu perasaan dalam diri aku lah, aku nak buktikan kat cikgu tu aku pun boleh hebat dalam M3.  takdela sampai jadi pakar M3 tapi dapatlah jadi engineer.

aku pun tak setuju kalau dihukum tanpa sebab, tapi aku lagi tak setuju kalau buat salah tapi tak rela dihukum, atau kena hukum sebab buat salah tapi tetap nak defend diri sendiri dari kesalahan tu #SisSekadarBerkongsiCerita
Quote margo20 4-1-2023 02:27 PM
Cuba coach try lempang mak bapak pulak supaya dorg kembali ke alam nyata
Quote prince_marhaen 4-1-2023 02:28 PM
Salah sorang calon Domestic Violence Abuse ... :/
Quote MelahJanda 4-1-2023 02:30 PM
actually pukul2 dan bahasa kasar mmg biasa je dlm latihan atlit2 negara dan negeri

tapi yelah, mende salah takkan kita nak setuju.
Quote dua_chzy 4-1-2023 02:34 PM
annehuda replied at 4-1-2023 06:26 AM
dulu masa aku form 1, aku penah kene tampar ngan cikgu m3 aku. cikgu m3 aku ni muka cengey sikit tap ...

Mungkin orang Asia ni memang perlu treated persis komunis baru menjadi sis. Sebab tu pendidikan kasih sayang sekarang kurang berkesan ka apa? Ntah la. Teringat juga cerita kawan masa darjah 1 (kesian) kena tonyoj muka di meja sebab tak pandai Maths. Terus sheol tak pernah tak dapat A sejak kejadian tu.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.087619 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top