CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mana DNB Dapat Data Rangkaian 5G Meliputi 50 Peratus Kawasan? - Fahmi Fadzil

4-1-2023 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 757| Komen: 4

Syarikat bertanggungjawab memacu pembangunan infrastruktur generasi kelima (5G) di negara ini, Digital Nasional Berhad (DNB) digesa supaya menjelaskan kenyataannya bahawa rangkaian itu kini meliputi 50 peratus kawasan berpenduduk. 


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya belum mengesahkan maklumat yang mendakwa bahawa rangkaian internet itu kini meliputi separuh daripada kawasan berpenduduk setakat akhir tahun lalu. 

“Saya fikir DNB mesti menjelaskan bagaimana mereka mencapai angka ini. 


FB

“Selepas ini, saya tidak berfikir lagi DNB harus menerbitkan angka sebelum membuat pengesahan,” katanya di Twitter.


Fahmi berkata demikian mengulas ciapan penganalisis politik, Prof. Dr. James Chin yang memuat naik tangkap layar sebuah laporan melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif DNB, Nasution Mohamed yang dilaporkan berkata, pelancaran rangkaian 5G di Malaysia mencapai hampir 50 peratus di kawasan berpenduduk pada akhir 2022. 

Ia sekali gus mengatasi sasaran awal sebanyak 40 peratus. 

Dalam ciapan James, meskipun telah membeli data internet 4G,  beliau tidak mendapat isyarat 4G di sebuah bandar di Kuching, sebaliknya kelajuannya seperti 3G atau kurang. 

“Media mesti berhenti mencetak berita palsu. Saya tidak dapat isyarat 4G, saya membeli kad data 4G dan kelajuannya seperti 3G atau kurang,” katanya. 

DNB dalam kenyataan baru-baru ini memaklumkan telah mencapai lebih 90 peratus liputan kawasan berpenduduk di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. 

Ini termasuk kira-kira 50 peratus di seluruh bandar dan pekan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Katanya, negeri lain pula kini dalam pelbagai peringkat kemajuan dan sedang memberi tumpuan mencapai sasaran seterusnya meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk pada akhir 2024 atau lebih awal.

DNB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 4-1-2023 12:42 PM
Saje nak isi ruang komen yg kosong ni hahahhaha
Quote Perawankota 4-1-2023 02:46 PM
5G ke 10G ke, aku yg duduk Tgh2 Bandar ni, line maxis, umobile macam haram klu dlm umah..
Quote pekanwoohoo 4-1-2023 02:52 PM
Nasution Mohamed ni ada bau-bau bacang dengan Saifudin Nasution ke?
Quote sepertiitu 4-1-2023 03:06 PM
Perawankota replied at 4-1-2023 02:46 PM
5G ke 10G ke, aku yg duduk Tgh2 Bandar ni, line maxis, umobile macam haram klu dlm umah..

khennn. iols dah hilang sabar dengan umobile ni. dekat luar kemain laju line, masuk rumah, terus macam harammm. now meols tengah tunggu habis bill bulan ni, then terminate tukar celcom

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.029193 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top