CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aktivis Kecam Malaysia Bahayakan Nyawa Wartawan Pakistan

4-1-2023 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1400| Komen: 18

Aktivis hak migran menzahirkan rasa terkejut atas penghantaran wartawan Pakistan Syed Fawad Ali Shah pulang ke negara asalnya.

Bercakap kepada FMT, jurucakap North-South Initiative, Wartawan Tanpa Sempadan dan Fortify Rights menuduh Putrajaya melanggar kewajipan antarabangsanya.


Pengarah Eksekutif North-South Initiative, Adrian Pereira berkata, Malaysia telah melanggar prinsip “non-refoulement” dan kerajaan meletakkan nyawa Fawad dalam bahaya.


FMT

Prinsip “non-refoulement” menjamin bahawa tiada sesiapa akan dikembalikan ke negara di mana dia berdepan seksaan serta layanan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan mahupun menjatuhkan maruah.

“Ini satu titik hitam dalam rekod prestasi kita dan kelihatan buruk untuk Malaysia,” kata Pereira.

“Satu jenaka apabila Malaysia mahu mengambil alih pengurusan pelarian dan pencari suaka apabila perkara ini pun tidak dapat dilakukan dengan betul.”

Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan bahawa Fawad telah dihantar pulang tahun lepas berikutan permintaan daripada Islamabad.

Beliau berkata, pihak berkuasa Pakistan mendakwa Fawad ialah seorang bekas anggota polis yang mempunyai masalah disiplin, walaupun media Malaysia melaporkan bahawa beliau seorang wartawan.

Pengarah Wartawan Tanpa Sempadan Asia-Pasifik Daniel Bastard berkata, pihak berkuasa Malaysia secara terang-terangan telah melanggar kewajipan antarabangsa ke atas Fawad, pemegang kad UNHCR.

“Cara pentadbiran (Malaysia) menguruskan kes itu dan pengesahan yang dibuat lewat oleh menteri dalam negeri adalah seperti pengakuan bersalah.

“Ini tamparan hebat kepada mereka di Malaysia yang percaya kepada kebebasan media untuk semua,” katanya.

Bastard juga berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan antarabangsa Malaysia mesti sedar bahawa negara ini telah hilang semua kredibiliti dan rasa hormat terhadap kedaulatan undang-undang.

John Quinley daripada Fortify Rights berkata, mana-mana wartawan yang menjadi sasaran disebabkan kerjanya harus dijamin dilindungi oleh pihak berkuasa Malaysia.

Katanya, penghantaran Fawad pulang ialah contoh pihak berkuasa secara sedar melanggar kewajipan antarabangsa Malaysia untuk melindungi pelarian.

Peguam P Waytha Moorthy berkata, alasan penghantaran pulang Fawad tidak dapat diwajarkan kerana dia telah pun dinilai oleh pejabat UNHCR di Malaysia.

Beliau menggesa Saifuddin agar mengarahkan ketua pengarah imigresen menjelaskan tindakan itu.

“Ketua pengarah (imigresen) juga mesti mengesahkan sama ada pihak berkuasa membenarkan hak Fawad untuk mendapatkan peguam atau perwakilan guaman dan mencabar di mahkamah keputusan Jabatan Imigresen dan kerajaan untuk menghantarnya pulang,” katanya.

Fawad, 41, yang berada dalam buangan di Malaysia selama lebih 10 tahun, dilaporkan hilang sejak 23 Ogos. Dia mendapatkan suaka di Malaysia atas dakwaan dianiaya di Pakistan berhubung artikel yang diterbitkan dalam beberapa akhbar berbahasa Inggeris di sana mengenai rasuah dalam kerajaan.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Amanduuuhh 4-1-2023 03:01 PM
Serious la nama dia bastard?
Quote Cokoro 4-1-2023 03:08 PM
Ikut mung lahh
Quote dua_chzy 4-1-2023 03:10 PM
Ini Malaysia la...heh.
Quote whimsicalmusic 4-1-2023 03:28 PM
Bastard? hehe
Quote shamsadis 4-1-2023 03:29 PM
jangan datang Malaysia, pergilah Indonesia, Singapura ke Thailand ke
Quote annehuda 4-1-2023 03:31 PM

“Satu jenaka apabila Malaysia mahu mengambil alih pengurusan pelarian dan pencari suaka apabila perkara ini pun tidak dapat dilakukan dengan betul.”

Kitorg pun taknaklah refugees datang malaysia.
Quote annehuda 4-1-2023 03:33 PM
Oh ada kad UNHCR tu ke? Malaysia tak iktiraf golongan pelarian ni,sah2 la ko masuk pun secara haram mcm puak Rohingya tu. Kalau btul serius nak lari kenapa tak terus je jadi refugee kt Australia tu? Dah duduk kt Malaysia smpi 10 tahun kot
Quote lattehazelnut 4-1-2023 03:35 PM
Yih kne hina kat media massa kaw2 pun puak2 kau jugak yg gigih dtg sini.. beranak pinak dah..
Quote pekanwoohoo 4-1-2023 03:42 PM
Orang yang sama kecoh bila foreigners kena bayar tambang naik bas dekat Selangor.
Quote CiliPadiSedap 4-1-2023 06:14 PM
dua_chzy: Ini Malaysia la...heh.


Wartawan tu bodoh ,patut dia ngaku rohingya pergi traffic light ketuk tingkap cermin kereta tunjuk kotak apollo minta derma

Confirm dia xkena tangkap sebab rohingya
Quote honeybee1802 4-1-2023 06:34 PM
pekanwoohoo replied at 4-1-2023 03:42 PM
Orang yang sama kecoh bila foreigners kena bayar tambang naik bas dekat Selangor.

So boleh hagak2 la pemikiran mamat ni mcm mana kenn....
Quote dani-rox 4-1-2023 06:35 PM
“Satu jenaka apabila Malaysia mahu mengambil alih pengurusan pelarian dan pencari suaka apabila perkara ini pun tidak dapat dilakukan dengan betul.”


Ayat ni pulak satu jenaka jugak. Ko nak gaslighting ekk?? Opis UNCHR tu pon dah mcm duri di mata ai
Quote antikorok 4-1-2023 06:37 PM
PATI terpaling fefeeling entitled nak hak sama rata dengan warganegara. Dah ler masok secara harommm, lepas tu beranak pinak breed like rabbit siap pakej buat jenayah puaka sekali. Nyah kau dari sini!!!
Quote matamata 4-1-2023 06:43 PM
Kat Malaysia ada opis UNHCR ke?
Quote batmana 4-1-2023 07:07 PM
Tulisan tu kn dh 10tahun.. pemerintahan sana pun dh tukar..pejadah nk duk sni lagi
Quote bakingsoda 4-1-2023 07:52 PM
sesuai nama daniel nokharom
Quote namieamuro 4-1-2023 09:26 PM
adrian sampah ni lagi. balik2 sibok hal malaysia. adan uke dendiam dh anta balik

ptt sampah2 rohingyuck pun hantar balik dendiam. tayah memekak. halau je sampah2 kt malaysia kembali ke asal atau campak je kt laut. biar la dunia nk kate ape.

cer bagitau negara mane yg btl2 terime refugees dgn hati terbukak skrg?
Quote namieamuro 4-1-2023 09:27 PM
dani-rox replied at 4-1-2023 06:35 PM
Ayat ni pulak satu jenaka jugak. Ko nak gaslighting ekk?? Opis UNCHR tu pon dah mcm duri di mata a ...

dh mtk ditutupkan ritu. nampak nye dibolayan kan aje UNhanggok ni

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.046323 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top