Walaupun menempuhi pelbagai dugaan tahun lepas Aliff Aziz sentiasa berfikiran positif dan mengharapkan yang terbaik buat dirinya dan keluarga pada tahun 2023.
"Alhamdulillahirabbil’alameen. Terima kasih Allah untuk memori dan kenangan buat keluarga saya sepanjang tahun lalu. Banyak pengajaran yang saya pelajari tahun lalu." Aliff juga ingin memohon maaf kepada semua pihak di atas segala kesilapan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Tambah Aliff, dia berharap tahun baharu ini akan membawa lebih banyak kebaikan kepada dirinya dan keluarga. "Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya, dan semoga Allah SWT mengurniakan kita semua dengan kebaikan sepanjang tahun ini. Thank you Allah for 2022."
|
ADVERTISEMENT