CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahana Siang Malam Makan Ramen Pedas Dan Redbull, Sekarang Kena Telan Ubat Bertimbun-Timbun Setiap Hari

4-1-2023 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3606| Komen: 43

Kesihatan tubuh amat berkait rapat dengan diet dan amalan pemakanan.

Segala apa yang dimakan akan memberikan kesan kepada sistem pencernaan.


Begitulah satu pengajaran yang perlu diterima seorang wanita apabila dia dimasukkan ke hospital kerana komplikasi penyakit.




Menerusi satu video TikTok yang dikongsinya, Fatin Nursyauqina menceritakan bagaimana dia sangat menggemari kombinasi mi segera ramen yang pedas melampau dan air berkarbonat RedBull.

Mi segera ramen yang merupakan makanan dari Korea Selatan ini menjadi kegilaan mereka yang mahu menjamu selera sambil bergenangan air mata.

Santapan ramen yang berkalori tinggi dan minuman tepu gula telah menjadi makanan ruji untuk Fatin siang dan malam.



"Aku ni obses gila dengan Ramen. Kalau boleh hari-hari nak makan Ramen," kata Fatin.

Dalam video itu dapat dilihat Fatin mempunyai stok bekalan mi segera ramen yang sangat banyak.

Waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dia menjadikan mi segera ramen sebagai menu utama.




'Peneman' kepada juadah mi segera ini pula ialah air berkarbonat RedBull yang diminum oleh Fatin dalam kuantiti berlebihan seolah-olah ia adalah air kosong.

"Aku obses dengan RedBull juga. Kadang-kadang tukar dengan air Coca - Cola.

"Ataupun jus oren Twister. Air ini aku akan minum sambil makan ramen

"Dah macam tak ada makanan lain. Kalau tak ada ramen, gantikan dengan Maggi.

"Asalkan pedas mesti aku makan," ujar Fatin dalam video itu.




Corak pemakanan tidak sihat itu akhirnya membawa kesan yang buruk kepada Fatin apabila dia dimasukkan ke wad kecemasan kerana jatuh sakit.

Di ruangan komen, Fatin memaklumkan yang dia didiagnos dengan apendiks dan perlu melalui pembedahan kecil.

Paparan foto pada video menunjukkan Fatin terpaksa melalui ujian tekanan darah dan juga sampel darahnya diambil.

Selain itu Fatin juga diberikan 'timbunan' ubat-ubatan yang perlu diambilnya.

"Kan dah mendapat, suka-suka je ambil darah aku.

"Kalau boleh banyak lagi ubat yang doktor nak bagi aku ni.

"Hari-hari kena telan. Macam gula-gula tapi hakikatnya bukan. Lagi dan lagi semuanya ubat.

"Makanan sekarang bertukar daripada ramen menjadi bubur dan Milo. Kesimpulannya kurangkan makan benda-benda yang tak elok," kata Fatin mengakhiri bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menjadikan kisah Fatin itu sebagai pengajaran kepada yang lain.

"Nak makan Maggi atau ramen boleh je tapi sebulan sekali la. Kalau hari-hari makan macam tu memang mendapat la.

"Aku pun suka makan ramen tapi tak boleh makan setiap hari. Sebulan tu ada la dua atau tiga kali kot.

"Macam mana la boleh minum RedBull macam tu je, manis gila kot," demikian komen sebilangan warga maya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juboqhang 4-1-2023 11:28 AM
Padan muka..ni mesti gara2 terpengaruh video2 tiktok. Kat China algorithm TikTok kluaq tunjuk/cerita pencapaian Rakyat Tanah Besor... benda2 depa cipta, dapat award..yg elok2 etc..tpi di luar negara disogok hari2 dengan bideo2 sampah x jana minda. Pahtu ramai2 la jd bangang kena brainwashed dgn komunis...minda hangpa dlm genggaman database depa. Tepok laaaaa...TikTok tu dicipta untuk kontrol unwoke ppl cam hangpa la...
Quote shernazz 4-1-2023 11:34 AM
Hahahahha...padan muka..
Iols pung ada juga beli ramen topokki ni..tp.jarang2 la...kita makan jangan la dgn perut kosong..benda ni pedas..
Ramen samyang tu pung letak sikit je cili dia..pedas ala ala.je..
Jiran iols mmg.slalu iols nampak dia beli ramen samyang hitam n merah tu...harap masih okay lagi lah dia...
Quote margo20 4-1-2023 12:36 PM
Taktau la bodoh ke bebal
Quote stingerkaypoh 4-1-2023 12:40 PM
Common sense is rare these days. Yahudi pun x buat kerja gila cedok TikTok cam Melayu2 khuenz?

Kahkahkahkah
Quote lo_la 4-1-2023 12:41 PM
Tak sayang diri ke dik…
Instant ramen/noodle + redbull/coke almost on daily basis? Recipe for disaster.
Quote dani-rox 4-1-2023 12:46 PM

Quote cikdot 4-1-2023 12:52 PM
cemana la boleh makan hari2. aku maggi 1 pack yg 5 bungkus tu pun dah setahun tak habis2 lagi..pelik2 selera bbnu ni. ko makan je nasik pada2 macam orang lain tak boleh ke. dah la benda tu boleh tahan gak mahalnya. pastu merempan sakit carik sendiri
Quote blue_blur 4-1-2023 12:52 PM
kalau kau makan nasi ayam dengan redbull/coke sebagai peganti air kosong, mati jua dek.
Quote namieamuro 4-1-2023 01:28 PM
gile ramen redbull telan gitu mcm nasik. tak muak ke
Quote matamata 4-1-2023 01:30 PM
Ala... Gila content... Tah betul ke tidak...
Wartawan TikTok
Quote Adrif 4-1-2023 01:30 PM
cousin aku dulu ketagih cocacola

hari2 minum sekurang2nya setin. sekurang-kurangnya. average-maximum berapa tin dia minum sehari, wallahualam

umo dia waktu tu baru menginjak 22 ke 23 ntah. tapi dah ada kencing manis kronik. gigi dia gugur, reput gitu je
Quote namr 4-1-2023 02:47 PM
lalu pulak ko makan ramen, megi hari2
Quote green~tea 4-1-2023 02:49 PM
Perghhh.. dulu kenyang dengan makanan


Sekarang kenyang dengan ubat
Quote dua_chzy 4-1-2023 02:49 PM
Mesti Fatin tak reti makan sayur dan buah. Kalau reti takda la jadi gini Fatin...
Quote plywood 4-1-2023 03:15 PM
Adrif replied at 4-1-2023 01:30 PM
cousin aku dulu ketagih cocacola

hari2 minum sekurang2nya setin. sekurang-kurangnya. average-maximu ...

bahaya juga cola ni..  

Quote ninja boy 4-1-2023 03:58 PM
Lahap tembikai papaya ciku longan
Quote antikorok 4-1-2023 04:04 PM
Ayam goreng McDehhh 3x extra pedas namampos sampai ada kena tahan wad kecemasan tersengih sinissss
Quote swimswim 4-1-2023 04:23 PM
Org korea pun x makan ramen hari2 wakakkaa
Quote hayrin86 4-1-2023 04:35 PM

Kan, itupun kalau diminum hehari.. Red Bull pun sama juga sebab manis kan..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.325583 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top