Rita Rudaini berkongsi video menghantar anaknya pulang ke sekolah berasmara selepas lama bercuti. “Sunyi lah mommy and adik malam ini,” tulis Rita sebagai kapsyen.
Di ruangan komen ramai turut meluahkan rasa sebak melihat anak beranak ini. Dalam banyak-banyak komen ada seorang individu yang sempat mempersoal apa perasaan bapa kepada anak-anaknya itu sekiranya menonton video tersebut. Tanpa sangka Rita membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa pihak sebelah sana telah menyekat (block) kerana risau jika bapa kepada anaknya itu melihat perkembangan anak-anaknya.
“Tak boleh nampak sebab di sana block takut daddynya nampak fyp anak-anak. Takut nau… sampai mati di kejar bayang-bayang,” tulisnya. Begitu rupanya. Dalam masa yang sama ramai yang memuji semangat dan kecekalan Rita membesarkan anak-anaknya bersendirian tanpa seorang suami. Sekadar info, Rita telah mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 2008, namun telah bercerai pada tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12. -CARI
|
menjad: Rita nih nak kata berlakon jarang nmpak. Apa sumber kewangan yg dia ada?
osheenz replied at 4-1-2023 11:28 AM
actually i kesian gak ngan anak2 RR ni... anak2 belah sana elok je gi holidays ke londang tu... whil ...
ADVERTISEMENT