CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lepas Menang Anugerah, Jaa Suzuran Demand Bayaran Tinggi Ke?

4-1-2023 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1676| Komen: 11

Jaa Suzuran mula meraih perhatian ramai apabila memenangi kategori Pelakon Lelaki Harapan, Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) menerusi lakonan mantapnya dalam filem Autumn In Wales.


Jaa juga berjaya mengetepikan barisan calon hebat lain seperti Idan Aedan, Abbas Mahmood, MK K-Clique dan Ji Ng Jinn Jou.

Bagi Jaa atau nama sebenarnya, Mohamad Faizal Ahmad, 28, kejayaan itu menjadi pembakar semangat buatnya untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.


Foto: IG

"Alhamdulillah, selepas menang anugerah, saya ada menerima beberapa tawaran berlakon dalam projek telefilem dan supertele.

"Terbaharu, saya akan terbabit dengan projek telefilem bersama penerbit dan pengarah, Rahila Ali pada bulan ini.


"Jika tiada aral, saya akan sambung penggambaran supertele arahan Hashim Rejab terbitan Mache Production pula pada awal Februari depan," katanya.

Ditanya sama ada dia akan meletakkan harga atau 'demand' dari segi bayaran selepas menang anugerah, Jaa menafikannya.



"Saya tidak pernah terlintas untuk meletakkan harga bayaran kepada penerbit dan pengarah kerana masih baharu dalam bidang lakonan.

"Justeru, saya berharap penerbit mahupun pengarah tidak takut untuk mengambil saya berlakon selepas ini," katanya.

Mengenai perancangan karier seninya pada tahun ini, kata Jaa, dia akan fokus untuk memperbaiki prestasi lakonan sedia ada.



"Saya menang trofi di FFM32 menerusi lakonan dalam filem sulung dan karakternya menjadi diri sendiri.

"Justeru, masih terlalu banyak lagi saya perlu belajar dalam bidang lakonan untuk memantapkan prestasi sedia ada.

"Antara pelakon yang beri Inspirasi dalam bidang lakonan ialah aktor popular, Zizan Razak kerana saya suka cerita komedi," katanya.

Jaa berkata, dia juga impi untuk melakonkan watak antagonis dalam lakonan selepas ini.



"Saya mahu melakonkan watak yang buat orang sakit hati dan benci untuk mencabar kemampuan dalam lakonan.

"Jika ada rezeki, saya juga merancang untuk mengikuti kelas dengan guru lakonan seperti Ogy Ahmad Daud atau Elly Suriaty," katanya.

Selain itu, kata Jaa, dia juga mahu kembali aktif di laman media sosial seperti dulu.

"Saya sudah lama berehat kerana sibuk dengan bidang permainan video dan sampai masanya untuk kembali fokus dalam bidang lakonan.

"Pada masa sama, saya kini mengusahakan bisnes baju Melayu sebagai jaminan masa depan," katanya.



Berkongsi syarikat pengurusan pula, Jaa yang juga bekas penyampai radio, dia kini bernaung di bawah Eggnetwork dan Rocketfuel.

"Saya juga tiada perancangan untuk kembali ke konti radio kerana perlu membahagikan masa pada lakonan dan permainan video penstriman (streaming game).

"Antara kerjaya penyampai radio dan lakonan, saya berasa lebih puas dalam bidang lakonan kerana saya bermula dengan video pendek ketika mula-mula terbabit dalam lakonan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 4-1-2023 02:55 PM
Dulu2 masa aku kecik, aku rasa FFM ni paling berprestij, tak der hanky panky.. Dah besar ni baru aku baca sana sini, FFM ni tak der lah suci mana pon pemilihannya..

Anyway, tak tgk movie dia berlakon tu, tapi mmg bagus sangat smpi boleh menang award ke?
Quote izat123 4-1-2023 03:05 PM
Perawankota replied at 4-1-2023 02:55 PM
Dulu2 masa aku kecik, aku rasa FFM ni paling berprestij, tak der hanky panky.. Dah besar ni baru aku ...

Ffm dulu walaupun ada politiknya juga (semua anugerah ada politik, Oscars yang gah dan berprestij tu pun ada lol) tapi barisan pemenang dia boleh lah kata logik lagi. Zaman sekarang ni dengan filem tempatan yang berkualiti boleh kira dengan jari je, kualiti pemenang lagi lah kelaut semua. Kira nak cari paling tak sampah dalam timbunan sampah sarap. Peak ffm masa tahun Bunohan dengan Songlap bertanding best film FFM 25. Few years after that best film still acceptable lah KIL, Lelaki Harapan Dunia, Jagat etc. Tapi sekarang best filem pun terpaksa pilih dari semua yang tak best langsung hahaha.
Quote ezacbee 4-1-2023 03:17 PM
Aku konpius dia ngan bf yasmin hani. Org yg sama ke.. Filem terbaik split gravy part xbole blah ayah meninggal, adik beradik relax mkn mlm ramai2. Biarkan jenazah dlm bilik.
Quote slyfynx 4-1-2023 11:08 PM
Nah, untuk tatapan @Kurex
Quote antikorok 4-1-2023 11:30 PM
Whoareyuss?
Quote kerani_je 4-1-2023 11:45 PM
Juri die sek2 kito jugak ke? Tu patut die menang. Jarang kelantan x tolong kelantan tgk mcm putrajaya la interviewer die org kelantan so yg dtg tu pntai timur confirm dpt keje guna kabel sek kito
Quote kerani_je 4-1-2023 11:47 PM
Die ni bingittt bisingggg kalau bercakap, bau budu tu pekat sgt x cmpur air langsung ok.
Pernh jmpe die ni n the gang dekat uptown jual bju raya brand die. Bingitt ok die duk promote dgn lawak bodoh serupa x sekolah.
Quote fry 5-1-2023 12:02 AM
dia ni kalo buang bingit sikit, campak kalut sikit, santun kasi sikit..comey dahh....nak sgt mcm tiru zizan...
Quote Kurex 5-1-2023 12:51 AM
slyfynx replied at 4-1-2023 11:08 PM
Nah, untuk tatapan @Kurex

Dap jugak..
Nak jah iols usap abs dia..
Tapi tak sesedap tom holland
Quote rosedemon 5-1-2023 08:18 AM
ko ni muka pegi tebas rumput jelah
Quote Markonah_7 12-1-2023 09:31 PM
Masuk nok kelih bulih hadioh gapo jah.Supo x cayo

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.059749 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top