CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Bengang, Tak Boleh Terima Sekatan Antarabangsa Ke Atas Warganya

4-1-2023 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1604| Komen: 18

Beijing: China menyifatkan sekatan antarabangsa yang semakin meningkat ke atas pelancong dari wilayahnya "tidak boleh diterima" selepas banyak negara meletakkan sekatan baharu Covid-19 kepada pelawat dari negara paling ramai penduduk dunia itu.


Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Perancis adalah antara negara yang mendesak semua pelancong dari China memberikan ujian Covid-19 negatif sebelum ketibaan, kerana kebimbangan semakin meningkat mengenai lonjakan kes.

Peningkatan mendadak kes jangkitan di China berlaku selepas Beijing secara tiba-tiba menarik balik sekatan bulan lalu, dengan hospital dan krematorium dilihat kembali sesak.


Foto: AP

Tetapi Beijing tetap meneruskan dengan pembukaan semula yang telah lama ditunggu-tunggu, dengan minggu lalu mengumumkan penamatan kuarantin mandatori semasa ketibaan dalam satu langkah yang mendorong orang China merancang perjalanan ke luar negara.


"Sesetengah negara telah mengambil sekatan kemasukan yang menyasarkan hanya pengembara China.

"Ini tidak mempunyai asas saintifik dan beberapa amalan tidak boleh diterima.

"China boleh mengambil tindakan balas berdasarkan prinsip timbal balik," kata jurucakap kementerian luar Mao Ning dalam taklimat media.

Ditanya mengenai reaksi China, Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne mempertahankan peraturan baharu itu.

"Saya fikir kami menjalankan tugas kami dalam meminta ujian. Kami akan terus melakukannya," kata Borne kepada radio Franceinfo.

Peraturan yang dikenakan menjejaskan semua pelancong yang datang dari China -- bukan hanya warga China -- manakala Beijing terus menyekat pelawat masuk dan tidak mengeluarkan visa untuk pelancong atau pelajar antarabangsa.

Negara-negara termasuk Amerika Syarikat juga telah menyebut kekurangan ketelusan Beijing mengenai data jangkitan dan risiko varian baharu sebagai sebab untuk menyekat pengembara.

China hanya merekodkan 22 kematian Covid sejak Disember dan secara mendadak mengecilkan kriteria untuk mengklasifikasikan kematian sedemikian.

Ini bermakna statistik Beijing sendiri mengenai gelombang yang belum pernah berlaku sebelum ini dilihat secara meluas sebagai tidak mencerminkan realiti. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_almondpecan 4-1-2023 08:57 AM
China ni bukan ke tahun lepas kenakan kuarantin sampai berminggu2 lamanya ke atas orang asing yang nak masuk ke China?
Quote VespaSilbe 4-1-2023 09:01 AM
Baru tgk cgtn.. tauke sneakers kata banyak untong.. org banyak beli sebab nak p obc
Quote epullipan 4-1-2023 09:04 AM
ko bising pulak...negara ko la punya hal..hak negara masing2 la nak buat apa pon to ensure kes tak melonjak naik
Quote airmineral 4-1-2023 09:07 AM
suka hati negara tu la nak buat apa kt negara dia
xpasal² negara lain nk kena dgr cakap ko
korg gigih nak keluar dr negara sendiri kenapa? negara snendiri xbest ke? xtahan dgn perangai rakyat sdr ke tuuuu[em:12:]
Quote shamsadis 4-1-2023 09:11 AM
mereka buat boleh...orang lain buat tak boleh...


Quote Supersirap 4-1-2023 09:17 AM
Bertindak daripada sekarang daripada menyesal kemudian hari
Quote Simunggu 4-1-2023 09:27 AM
ada penyakit lepas tu bagi jangkit org...buruk perangai
Quote syamzana 4-1-2023 09:30 AM
bodoh punya china, asal dia kene je mesti merempan. time negara lain terkena pandai plak dia pusing cerita. nyampah plak kat ummah prc ni.
Quote duri_durians 4-1-2023 09:35 AM
boleh tak nak teori konspirasi yg kuarantin kt CHina slma 2 tahun ni sbnarnya bukan nak menghapus covid19 tapi nak menternak covid19 varian baru dalam masa sama bina imuniti utk rakyat dia?

bila dah smpai tempoh matang dorang pun buka border supaya bleh sebarkan varian baru ni ke seluruh dunia. it's a perfect biological weapon.

done conspiracy.
Quote pasa 4-1-2023 09:39 AM
Edited by pasa at 4-1-2023 09:43 AM

kalau tak menipu bukan cina la wei..
Quote azurro 4-1-2023 10:59 AM
22 kematian sejak disember? Tak logik, nak menipu pun agak² la sdangkan kes di china di tahap membimbangkan. Sekat ja pelancong dari china buat smentara waktu. Ambil iktibar lalu.
Quote imanjannah 4-1-2023 11:06 AM
yg paling ngeng.. yg membuka tu la.. klu x buka, x da la dia dpt masuk.. ngek
Quote dani-rox 4-1-2023 12:23 PM


taktik jahat boleh dibaca


Quote tripleid 4-1-2023 12:50 PM
ummah konspirashit yg tuduh covid ni agenda dajal,bill gates, iluminati yahudi,amerika musti kecewa
Quote BartholomewKuma 4-1-2023 12:56 PM
Bangsa hat dok pelahap babi siang malam ni mana buleh dok pi caya kot depa. Tak kira lah depa warganegara mana sekalipon. Selagi kata nama depa sepet cong ceng cong ceng sambil seret babi masuk palimen habuan raya depa esok ni
Quote Supersirap 4-1-2023 01:51 PM
Bila kena part dia tau melenting, bila buat kat orang  boleh pula
Quote Samerosie 4-1-2023 02:21 PM
The last time rakyat kau masuk berjimba kat negera orang, 3 tahun negara orang collapsed.  Ramai orang mati, ekonomi orang hampir lumpuh etc, lepas tu kau nak bengang2 pulak.  Ini pun baik ada negara kasi masuk tapi kena buat test, dan tak saman negara kau yg punca orang lain suffer.
Quote rosedemon 5-1-2023 07:56 AM
bodo punya scina benci btol aku dgn deme ni

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.165703 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top